Skip to content

CARA-CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG

August 21, 2011

CARA-CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG

Sembahyang yeng pernah diterangkan pada bab-bab yang lalu, bahawasanya sembahyang itu adalah merupakan satu cara istiadat bagi membolehkan kita berdiri menyaksikan diri kita sendiri. Kita harus mengerjakan istiadat 5 waktu dalam masa 24 jam sehari semalam. Oleh itu adalah perlu bagi kita mengetahui satu ncara hakiki untuk menunaikan sembahyang.

Rasulullah saw telahpun menerima cara-cara sembahyang ini daripada Allah Taala didalam satu peristiwa Israk dan Mikraj. Maka di dalam peristiwa itulah Rasulullah saw memerima sembahyang dan cara-cara melakukan sembahyang tersebut. Maka jadilah sembahyang 5 waktu itu ntunggak dan tiang agong bagi hakiki hidup manusia itu sendiri.

Di dalam pertemuan rahsia dengan Allah swt Baginda Rasulullah saw telah menerima cara-cara sembanyang sebagaimana cara-cara para malaikat, rasul, aulia-aulia yang dizahirkan oleh Allah terlebih dahulu daripada Baginda.

Maka terimalah Rasulullah saw akan cara tertib tereni sembahyang tersebut dan kemudiannya digazetkan oleh Baginda di dalam peraturan syariat Islam dan ianya menjadi rukun Islam yang ke dua.

Cara peraturan istiadat sembahyang itu hendaklah menjadi panduan dan ikutan kepada umat-umatnya sampailah dunia ini kiamat dan akhirat menjelang tiba.

Di dalam mensyaratkan cara-cara sembahyang ini Rasulullah saw pernah bersabda
“SOLLU KAMAA RO AITUMUNI USOLLI” Ertinya Sembahyanglah sebagaimana Aku Sembahyang.

Di dalam menunaikan syariat solat ini syariat MOHD telahpun menetapkan hanya satu cara solat yang mutlak iaitu sembahyang atau solat yang benar-benar mengikut sebagaimana cara-caranya yang diterima oleh Rasulullah saw dari Allah Taala sahaja yang harus menjadi panduan dan amalan oleh umatnya.

Jesteru itu jika diamalkan selain daripada cara-cara solat yang diterima oleh Rasulullah saw daripada Allah Taala itu, maka sembahyang yang diamalkan itu adalah kosong dan sembahyang pak turut semata-mata, tengok orang takbir – kita takbir, tengok orang sujud – kita sujud, tengok orang tahayat – kita tahayat. Tetapi kebanyakkan daripada kita tidak pernah belajar sembahyang dan tidak pernah menyoal diri kita sendiri kenapa kita sembahyang dan kenapa pula sembahyang di buat begitu rupa sekali ( ada rokuk, sujud dan sebagainya)

KEBANYAKAN DARIPADA KITA HANYA MENUNAIKAN SEMBAHYANG IKUTAN LAHIR SAHAJA, kea lam dunia kita terus tengok ibu dan bapa kita sembahyang kita npun terus disuruh sembahyang. Lantas kitapun sembahyang dan terus sembahyang sampai kita menjadi dewasa dan tua. Kita tidak pernah bertanya asal usul sembahyang itu, kerana jika satu cara sembahyang itu tidak sampai persambungannya kepada Rasulullah saw, maka sembahyangnya adalah sembahyang pak turut dan sia-sia sahaja.

Maka sembahyang yang dibuat tanpa pengesahan guru yang mursyid yang mengamalkan tatacara sembahyang yang mempunyai persambungan mata rantai daripada Baginda Rasulullah saw, maka jadilah sembahyang itu sembahyang ikutan dari datok monyangnya dahulu.

Dunia terus berpusing, matahari tetap memancarkan cahayanya, makin sehari makin ramai cerdik pandai Islam dari universiti itu dan pondok ini, tetapi lihatlah dimana sahaja kita pergi kebanyakkan manusia sembahyang dengan cara-cara mereka masing-masing berbeza diantara satu sama lain. Perbezaan di antara seorang alim dengan seorang alim yang lain diantara seorang jahil dengan seorang jahil yang lain.

Cubalah lihat satu contoh perbezaan cara Takbir sembahyang diantara dua orang alim, yang belajar di satu pusat pengajian yang mempunyai kitab dab hokum yang sama dan cuba pula kita perhatikan kedudukan kaki mereka diantara dua sujud yang seorang begini dan seorang lain begitu.

Lantas juka terdapat perbezaan diantara dua orang alim tersebut maka di manakah pula kebenaran sabda Rasulullah saw yang mensyariatkan sembahyanglah sebagaimana baginda sembahyang. Sedangkan hanya satu cara sahaja. Rasulullah saw menerima sembahyang daripada Allah swt. Oleh itu jika terdapat perbezaan amalan di antara dua orang ulama’ maka bagaimana halnya dengan si jahil yang tidak pernah mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru yang mursyid.

Wahai anak cucuku, setelah hidupku sesuku abad ini, nakun telah banyak menemui guru-guru syariat untuk bertanya tentang cara-cara sembahyang ini.

Aku bertanya kepada mereka cara-cara sembahyang dan bertanya pula dari mana mereka mengambil cara-cara sembahyang dan bagaimana petuanya untuk menghadirkan diri didalam sembahyang dengan penuh khusyuk dan tawaduk dan menghilangkan perasaan fikiran membuatku teringat kepada lembu di padang atau kain basah kerana hari nak hujan, didalam masa sembahyang.

Tiada daripada mereka dapat memberi petua kepadaku tentang cara-cara sembahyang Rasulullah saw, dan cara-cara untuk menghadirkan diri dengan kusyuk dan tawaduk di dalam sembahyang. Malah masing-masing dengan petua fikiran masing-masing yang berbeda diantara satu alim ulama’ dengan satu alim ulama’ yang lain. Lantaran daripada itu akupun telah mulai sangsi dengan cara-cara sembahyang mereka dan aku nijtihad bahawa mereka bersembahyang ikut-ikut sahaja. Mereka belajar di Universiti dan pondok-pondok. Mereka belajar kitab semata-mata, tetapi mereka sendiri tidak pernah belajar dan diajar sembahyang Rasulullah saw.

Daripada itu aku berdoa kehadirat Allah supaya diajarkan akun cara-cara sembahyang seperti yang pernah diajarkan kepada Rasulullah saw ketika peristiwa Israk dan Mikraj dahulu.

Pada suatu malam aku diajar cara-cara sembahyang oleh Rasulullah saw disaksikan oleh Nabi Yusof a.s, Wali Qutub Qutubun Jadid Syeikh Abdul Khodir Jailani dan Imam Syafie Rahmatullah. Mereka dating mengajar aku sembahyang didalam keadaan tawasul dan kemudian disahkan pula oleh nabi khidir a.s didalam suatu mimpi yang terang dan jelas dan aku masih ingat sampai kesaat ini.

Kemudian aku membawa cara-cara sembahyang yang aku perolehi ini kepada beberapa orang guru hakikat dan makrifat lagi mursyid. Lalu mereka mengesahkan bahawa cara-cara sembahyang yang diterima oleh aku itu adalah sememangnya sebagaimana cara-cara sembahyang yang di terima oleh Rasulullah saw semasa Israk dan mikraj dahulu. Sesungguhnya aku yakin dengan ilmu aku dan aku tidak akan syak dengan ilmu aku.

Adapun rukun sembahyang itu adalah 13 perkara, Pertamanya niat dan yang terakhirnya adalah tertib. Demikianlah syariat sembahyang mengikut hukumnya.

Bermula peraturan cara-cara sembahyang yang boleh aku terangkan di dalam buku cacatan aku ini adalah seperti berikut :-

1. Dirikan solat berikut mengikut syarat dan rukunnya.
2. Menghilangkan diri
3. Menilik diri rahsia yang dikandung oleh kita
4. Membaca dan mendengar setiap anggota kita, membaca pada setiap patah bacaan di dalam solat tersebut.
5. Merasai nikmatnya sembahyang

Kelima-lima cara ini hendaklah dibuat serentak di dalam acara sembahyang tersebut.

1. Cara-cara Solat Mengikut Syarat Rukunnya.
Adapun yang dikatakan solat mengikut syarat rukunnya adalah dengan kita mendirikan solat dengan mengikut semua syarat rukun seperti yang ditetapkan oleh syariat.
Disini aku tidak berhasrat untuk membincangkan satu persatu, tetapi hanya aku berhasrat untuk membincangkan di dalam sembahyang yang jelas benar mempunyai perbezaan tentang aturcaranya, tingkah laku di dalam sembahyang itu sendiri. Diantara Perkara-perkara yang aku ingin sentuh disini ialah :-

) Niat
Adapun niat itu terkandung didalam Kosot, ta’arat dan Ta’ayin dan niat ini hendaklah terbit pada hujung hati kita dan terus dibuat dengan perlakuan, jadi niat boleh disimpulkan bahawa
‘Terlintas sesuatu dihati dan terus dilakukan dengan perbuatan akan apa yang terlintas dihati tersebut dan tidak kepada perbuatan lain’

Di dalam hal sembahyang ini kita lafazkan di dalam hati kita dan katakanlah
“ AKU HENDAK SEMBAHYANG MENYAKSIKAN DIRIKU KERANA ALLAH TAALA”

Disaat kita melafaskan niat kita ini, kita hendaklah berdiri ditempat sujud kita dan selepas lafaz niat langkahkan 3 tapak langkah kebelakang iaitu kearah tempat kita nak kiam pada sembahyang tersebut dan kiamlah untuk teruskan aturan sembahyang yang berikutnya.

) BERDIRI.
Adapun yang dinamakan kiam itu adalah kita berdiri diatas tempat sembahyang dan menghala dada tegak kearah Baitullah ( Kiblat Ka’abah )
Dimana jarak diantara kaki kiri dengan kaki kanan adalah sejengkal lurus dan kedudukan kedua-dua tapak kaki hendaklah lurus kearah baitullah.
Letakan tangan-tangan kita lurus dengan kura-kura tangan kita tegak mengadap kearah Baitullah.
Manakala mata zahir kita hendaklah memandang ke tempat sujud dan hilangkan diri kita dan seterusnya Takbirlah iaitu ALLAH HU AKBAR. Di samping itu perlu diingatkan kedudukan dada kita hendaklah sentiasa tegak kearah Baitullah di sepanjang sembahyang kita tersebut.

) TAKBIRRATUL IHRAM

Sambil kita berkata ALLAH HU AKBAR maka hendaklah kita mengangkat kedua belah tangan kita dengan tegak dan lurus serta biarkan ibu jari tangan kedua-dua belah tangan kita itu terkena cuping telinga kita disamping kita dapat merasakan ketegakannya, iaitu rasa tegang pada bahagian tengah belakang kita.

Lafaz ALLAH itu hendaklah di lafazkan dengan panjang 3 alif ( 6b harakat ) sambil angkat kedua belah tangan telinga dan lafaz AKBAR itu hendaklah serentak dengan kedua belah tangan kita untuk dipeluk atas pusat, dengan tangan kiri dibawah dan tangan kanan di natas.

Rapatkan lengan sebelah kanan ke bahagian rusuk kanan dan longgarkan lengan di sebelah kiri, semacam huruf HA SIMPUL PADA PERKATAAN ALLAH. Dakap kan tubuh kita kemas-kemas dan jangan sekali-kali bergerak walau keadaan macam mana sekalipun dengan lain perkataan tidak ada istilah boleh garu menggaru di dalam masa sembahyang.

Selesai sahaja takbir maka terus membaca doa iftitah ( Jangan diulangi lagi Takbir )

) Baca Al Fatihah

Hendaklah dibaca secara wakaf pada setiap ayat dan hendaklah dibaca di dalam dada, biarlah kita merasai bacaan kita itu, berada dibawah paras susu pada lambung kiri kita, dan jangan sekali-kali sekadar di baca dilidah dan didalam tengkok. Disamping itu ianya hendaklah dibaca mengikut tata cara bacaan yang betul mengikut sebutan huruf dan baris masing-masing

Bacalah Al Fatihah ini perlahan-lahan (jangan laju) supaya kita dapat keghairahan Al Fatihah tesebut. Di samping itu bacaan kita itu janganlah terlampau nyaring dan jangan pula terlampau perlahan sehingga tidak dapat kedengaran di telinga kita. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam Al Quran surah Al Israk ayat 110 yang bermaksud
“ Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu, di dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya”

) RUKUK

Rukuk ertinya menundukkan diri searas pinggang kea rah Baitullah. Semasa rukuk mata kita hendaklah di tumpukan di tempat sujud. Manakala tangan kita hendaklah ditongkatkan di lutut ( Tapak kedua-dua belah tangan betul-betul di tengah tempurung lutut)
Dan bacalah dengan perlahan-lahan jangan laju
“ALLAH HU AKBAR …… SUBHA NAROB BIYAL ‘AZI MI WABIHAM DIH 3 X”

Kemudian bangkit iktidal dan angkatlah kedua tangan kita seperti takbir katalah

“ SAMI ALLAH HU LIMAN HAMIDAH … ROBBANALAKAL HAM”

) SUJUD

Bermula sujud itu adalah merebahkan diri kearah Baitullah dengan membongkokkan belakang. Biar bahagian muka kita terdampar diatas tempat sembahyang dan tangan kita hendaklah diletakan kedua-dua belah ibu jari menyentuh bibir kanan dan kiri.

Dan bahagian kaki sebelah kanan hendaklah ditegakan 90 darjah (tegak) dan jangan sekali-kali bahagian lengan kita menyentuh tikar sembahyang dan bacalah
“ ALLAH HU AKBAR”
“SUBHA NAROBBIYAL AKLA WABIHAMDIH”

Kemudian bangkit nduduk antara dua sujud. Letakan kedua-dua belah tangan diatas paha dan lutut ( jari jangan melebihi lutut) dan jangan digerakkan.

Bacalah
“ALLAH HU AKBAR”
“ROB BIGR FIRLI WARHAMNI, WAJBURNI, WARFAGNI, WARZUKNI, WAHDINI WA ‘A FINI, WAK FU ‘ANNI”

Dan sujud sekali lagi seperti diterangkan diatas.

) TAHAYAT AWAL DAN AKHIR

Bermula cara tahayat awal itu adalah dengan cara kita duduk diatas kaki kiri kita dan manakala bahagian jaji kanan hendaklah ditegakkan 90 darjah.

Manakala kedua belah tangan hendaklah diletakkan diatas paha / lutut dan mata zaahir kita hendaklah dilihat ditempat sujud dan bacalah Tahayat itu dengan teratur, perlahan dan kemas disamping ianya hendaklah di nbaca di dalam dada.

Bacaan tahayat ini mestilah ndi baca dengan teratur kerana ayat-ayat tahayat itu adalah ayat pujian Zat kepada Sifat dan pujian Sifat kepada Zat, dengan lain perkataan puji memuji diantara diri zahir dengan diri batin disamping penyaksian diantara tubuh zahir dan tubuh batin.,

Begitulah juga pada tahayat akhir, Cuma kedudukan kaki kita pada bahagian kiri hendaklah dimasukkan di bawah betis kaki kanan dan tegakkan tapak kaki kanan 90 darjah seperti didalam tahayat awal dann bacalah tahayat akhir sehingga habis.

) SALAM

Bermula salam itu berpaling muka kearah kanan dan kearah kiri ( perlu diingat diakhir berpaling mestilah mengadap kiblat ) dengan berkata
“ASSALA MU ‘ALAIKUM WAROH MATULLAH HI WABA ROKATUH”

Disamping itu biarlah mata zahir kitan dapatb melihat bahu kanan dan bahu kiri dan masa memusingkan kepala itu jangan sekali-kali dada kita bergerak ( biar tegak kea rah Baitullah ) dan semasa memberi salam itu maka bacalah :-

Salam sebelah kanan bacalah :-
“ANTA ROBBI WA ANA ‘ABDUKA LAA ILA HA ILLA ANTYA”

Salam sebelah kiri bacalah :-
“SOLAWA TULLAH ‘ALAIKA SYAIDINA MUHAMMADIN NABI YIL ‘AZIM”

ATAU PADA MERTABAT ZAT DAN SIFAT BACALAH

Salam kanan bacalah:-

“INNI ANA ZATUL HAQ”

Salam sebelah kira bacalah :-
“INNI ANA SIFATUL HAQ”

1) MENGHILANGKAN DIRI

Adapun yang dimaksudkan menghilangkan diri adalah dengan cara kita memfanakkan diri yang zahir ini dan mengisbabkan padi batin semata-mata, iaitu dengan kita merasai bahawa dengan sesungguhnya diri kita ini tidak mempunyai apa-apa. Kita tidak berkuasa, tidak mendengar, tidak berkehendak, tidak melihat, tidak hidup, pendik kata tidak……, tidak……., tidak…..,segalanya, hanya Dia saja (ALLAH) yang bersifat begitu.

Dengan beriktikad begitu kita akan merasai diri kita kosong, oleh nyang demikian, maka hendaklah kita merasai diri kita kosong sepanjang kita mengerjakan sembahyang iaitu dari kita mulai niat, takbir dan sampailah ke salam dan jangan sekali tidak merasai begitu, walaupun sesaatpun di dalam masa mengerjakan sembahyang tersebut.

Jika kita tidak merasai begitu (hilang diri) maka kita tidak dapat menyaksikan diri rahsia kita di dalam sembahyang tersebut, maka se elok-eloknya kita melafazkan bacaan pengistiharan tersebut ketika hendak memulakan takbir ratul ihrom (ketika kiam) katakanlah bacaan berikut

“INNI ANA ZATUL HAQ”
“INNI ANA SIFATUL HAQ”
“INNI ANA ASMA UL HAQ”
“INNI ANA AF ‘ALUL HAQ”
“LAHAIYUN, LAAA ‘ALIMUN, LAA SAMI’UNN, LAA BASIRUN, LAA KHODIRUN, LAA MURIDUN, LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQ IL LALLAH”

Selepas sahaja dibaca bacaan diatas beserta dengan kita merasai berdera (rasa raaa) dibahagian belikat pada tengah-tengah tulang belakang, perasaan itu dari bawah tulang sulbi naik kearah atas tulang belakang. Bila sahaja merasai perasaan tersebut maka cepat-cepatlah kita takbir dengan kata

“ALLAH HU AKBAR”

Dan baca lafaz takbir biar secara panjang seboleh-bolehnya biarlah 3 alif ( 6 harakat)

Takbir kita itu biarlah dengan penuh bertenaga dan dilafazkan di dalam dada.

Perlun di ingatkan semasa kiam dan menghilangkan diri mata zahir kita hendaklah melihat pada tempat sujud kita. Dada kita mengadap kiblat dan mata hati kita hendaklah melihat di KHAUFKUSIRR iaitu diantara kedua-dua kening dan batang hidung.

Disamping itu telinga batin kita hendaklah menumpukan sepenuh perhatian dan pendengaran kearah bacaan yang dilafazkan oleh segenap anggota kita zahir dan batin. Dan tidak sesaat pun lalai dengan tugasnya itu.

Manakala tugas mata batin kita adalah melihat di KHAUF KU SIRR ​bagi menilik akan diri kita (diri rahsia yang dikandung oleh jasad kita) Maka tiliklah dengan sebaik-baiknya seluruh diri rahsia kita itu sehingga ianya benar-benar nampak jelas dan terang sekali.

Di dalam masa ini juga perlu diingatkan lagi bahawa tugas telinga batin kita adalah mendengar setiap patah nperkataan yang dibaca oleh lidah kita bersama secara serentak semua anggota kita yang zahir dan yang batin.

2) MENILIK DIRI SENDIRI

Adapun yang dimaksudkan dengan menilik diri rahsia adalah di mana kita menilik diri batin yang menjadi rahsia kepada Allah Subha Nahu Wa Taala. Maka diri batin kita itulah diri rahsia Allah; Ianya berada didalam jasad kita di mana rupanya adalah sama seperti rupa paras yang zahir ini tetapi ianya tiada cacat cela seperti kita.

Didalam hal menilik diri ini, tumpukan mata hati kita bdari saat menghilangkan diri Takbir Ratul Ihram sampailah kesalam kepada pusat “KHAUF KU SIRR” dan perhati, tiliklah diri rahsia di dalam jasad kita pada setiap saat diwaktu menunaikan solat tersebut.

Rupa diri rahsia kita adalah sama dengan rupa wajah kita. Biasanya bila saja wajah diri rahsia dapat dilihat dengan terang meliputi seluruh jasad kita maka kita akan merasai pada peringkat awalnya “berdera” (gementar seluruh tubuh secara automatic tanpa disengajakan) disamping diselit dengan suatu kelazatan yang payah untuk di terangkan disini. Dan dengan ini akan mewujudkan tawaduk di dalam solat.

Jangan sekali-kali kamu nenoleh mata batin kamu itu kearah lain, Malahan kamu haruslah melatihkan dirimu sehingga berjaya mencapai makam dan mertabatnya.

Tawaduk adalah mematikan penglihatan matahati dari melihat dan menilik hal-hal lain kecuali ditumpu sepenuhnya kepada menilik ndiri batin semata-mata. Dengan ini segala fikiran yang membayangkan sesuatu akan mansuh dan tidak timbul lagi dan lenyap langsung.

3) MENDENGAR BACAAN OLEH SETIAP ANGGOTA

Sebarang bacaan di dalam sembahyang bermula daripada menghilangkan diri, Takbir ratul Ihram, sampai ke salam hendaklah di baca didalam dada iaitu kita dapat merasai bacaan kita itu dilambung kiri kita. Jangan sekali-kali sebarang bacaan kita hanya dibaca dilidah sahaja.

Serentak dengan lidah menyebut satu-satu kalimah bacaan dimasa sembahyang, maka hendaklah dituruti sama oleh setiap anggota 7 lapis anggota jasad kita dan diri batin kita, dan dengan itu juga ianya wajib di dengar oleh telinga batin kita. Jangan sekali-kali menolehkan pendengaran telinga batin nkita kearah lain sepanjang masa mengerjakan sembahyang tersebut. Dengan melatihkan diri berbuat demikian akan menghasilkan keadaan kusyuk yang sebenar.,

Adapun yang dimaksudkan dengan kusyuk mematikan pendengaran telinga zahir kita dan membuka pendengaran telinga batin kita kepada setiap patah bacaan di dalam sembahyang tersebut kearah yang lain.

4) MERASAI NIKMAT SEMBAHYANG

Jika kamu mengamalkan petua-petuan solat waliyullah dan para-para aulia ini seperti mana yang diterangkan kepadamu tadi maka kamu akan menikmati satu kelazatan yang amat sangat. Kalau hendak di bagaikan di dunia ini delain daripada nikmat persetubuhan tiada lagi satu nikmat sedap yang boleh dinakmati oleh semua manusia, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat persetubuhan maka nikmat sembahyang itu adalah 10 kali nikmat persetubuhan.

Sebenarnya nikmat ini tidak dapat diterangkan oleh bahasa. Tetapi ianya dapat dirasai sendiri oleh mereka yang sampai kepada mertabatnya.

Alangkah bertuahnya kita jika dapat merasai sendiri kelazatan tersebut. Dengan demikian tunaikanlah sembahyang sampai kita mengalami sendiri nikmatnya..

SOLAHUDDAIM

Kita telah mendengar bahawa barangsiapa yang tidak mengenal ilmu zikir nafas, maka sudah tentu orang yang berkenaan tidak dapat menyelami alam hakikat solahuddaim.,

Didalam bab yang lalu telah diterangkan dengan jelas tentang solat dimana pengertian solat tersebut adalah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah Taala.

Disini kita akan membincangkan taarif dan cara-caara untuk mencapai mertabat atau makam solahuddaim.

Solahuddaim boleh ditaarifkan sebagai swolat yang berkekalan tanpa putus-putus walaupun sesaat di dalam masa hidup seseorang manusia itu iaitu penyaksian dirin sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap masa dan setiap ketika tanpa berhenti walau sesaat didalam hidupnya.

Seperti firman Allah di dalam Al Quran
“ ALLADZI NAHUM ‘ALAA SHOLATIHIM DAAAA IMUN”

Surah Al Maarij ayat 23,

Ertinya :- Yang mereka itu tetap mengerjakan solat

Jikalau didalamm solat (sembahyang) tugas kita adalah menumpukan sepenuh perhatian dengan mata batin kita menilik diri batin kita dan telinga batin kita menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap bacaan oleh anggota zahir dan batin kita disepanjang upacara solat kita btersebut. Tanpa menolehkan perhatian kita kearah lain. Maka solahuddaim adalah penyaksian sebenar seseorang itu terhadap diri batinnya pada sepanjang masa.

Solat adalah (sembahyang) adalah merupakan satu latihan diperingkat awal untuk kita nmelatihn diri kita supaya menyaksikann diri batin kita yang menjadi rahsia Allah s.w.t tetapi setelahn berjaya membuat penyaksiann diri diwaktu kita menunaikan sembahyang maka kita haruslah pula melatihkan diri kita supaya dapatlah kita menyaksikan diri batin kita pada setiap saat didalam masa hidup kita dalam masa 24 jam disepanjang hayat kita. Sebab itulah kita mengucap syahadat
“ashadu an laaa ila ha illallah wa ashadu anna muhammadar ra sulullah”
Maka beerti kita berikrar dengan diri kita sendiri untuk menyaksikan diri rahsia Allah itu pada setiap saat di dalam masa 24 jam sehari semalam.

Oleh itu untuk mempraltikkan penyaksian tersebut maka kita haruslah mengamalkan solahuddaim di dalam hidup seharian kita sepertimana yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, Nabi-nabi, Aulia-aulia dan para wali Allahn yang agung.,

ANTARA SYARAT UNTUK MENDAPAT MAKAM SOLAHUDDAIM NADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. Seseorang itu haruslah memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas.
2. Seseorang itu haruslah terlebih dahulu berjaya mendapat nur kholbun iaitu hati nurani.
3. Seseorang itu hendaklah menemui dan mengamalkan sembahyang Rasulullah s.a.w.
4. Seseorang itu telah pun mengalami khowaful khawah (pemecahan wajah)
5. Seseorang itu telah memaahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar

UNTUK MENGAMALKAN DAN MENDAPAT MAKAM SOLAHUDDAIM MAKA, seseorang itu haruslah memahami pada peringkat awalnya tentang hakikat perlakuan zikir nafas iaitu tentang gerak gerinya, zikirnya, lafaz zikirnya letaknya dan sebagainya.

Oleh itu amallah zikir nafas dan bersunguh-sungguh supaya kita dapat kholbu iaitu pancaran nur di dalam jantung kita yang menjadi “DINAMO” kepada Karen makrifat untuk makrifat diri kita dengan Allah s.w.t.

Sesungguhnya dengan zikir nafas sahaja ketulan darah hitam (istana iblis) di jantung kita akan hancur dan terpancarlah nur kholbun dan setelah terpancarnya kholbu, maka terpancarlah pula Karen makrifat bagi membolehkan seseorang manussia itu memakrifatkan dirinya dengan Allah dan dapatlah diri rahsia Allah yang menjadi diri batin kita perhubungan dengan diri ZATUL HAQ Tuhan semesta Alam.

Latihan untuk menyaksikan diri ini hendaklah dibuat diperingkat awal-awal lagi melalui solat sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu.

Didalam masa proses penyaksian ndiri ini, seseorang itu akan mengalami khowaful khowah iaitu proses membebaskan diri batin kita dari jasad dan dengan itu maka seseorang itu akan dapat melihat wajah kesatu wajah yang lain sampailah kepada wajah ke 9 , iaitu mertabat yang tertinggi didalam ilmu ghoib.

Dengan mendapat pecahan wajah maka manusia itu akan dapatlah membuat satu penyaksian yang sebenar pada setiap saat di masa hidupnya samada semasa beribadat ataupun di dalam keadaan biasa di dalam masa hidupnya.

Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat mertabat BAKHOBILLAH iaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran, penglihatan cita rasa, dan sebagai ndengan di tahap ini adalah seperti orang awam dan payah sekali untuk mengetahui darjat dirinya dengan Allah s.w.t.

Biasanya orang-orang yang berjaya mencapai makam ssolahuddaim dapatlah kembali kehadrat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir tanpa perpisahan diantara satu dengan yang lain.

Adapun langkah-langkah nyang harus diambil oleh seseorang yang hendak mencapai ketahap solahuddaim maka seseorang itu hendaklah sering membuat penyaksian terhadap diri batinnya pada setiap masa didalam hidupnya dimana mata batinnya sentiasa memandang diri batinnya dan telinga batinnya sentiasa mendengar setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh mulutnya semasa perbualan harian di ssamping itu setiap patah percakapan beliau nitu harusslah pula diikuti oleh anggota lain seperti didalam sembahyang.

Latihan ini haruslah dibuat selalun tanpa dilengah-lengahkan walaupun sesaat. Sesungguhnya barangsiapa yang berjaya kemakam solahuddaim ini, mereka akan dimulia didunia dan diakhirat. Berkat didunia dan di akhirat, diredzoi didunia dan di akhirat. Tanpa mencapai keperingkat solahuddaim ini sweseorang itu tidak mungkin berjaya sampai keperingkat mertabat yang tinggi di dalam ilmu ghoib.

Oleh itu wahai anak cucuku kejarilah kamu mencapai tahap solahuddaim

One Comment leave one →
  1. antho bugis sengkang permalink
    April 11, 2013 11:27 am

    sembahyang yg sesungguhx ialah sembahyang yg tdk putus putus…????.mengenal sembahyang berarti mengenal diri sebenar diri….allahu walam…ap btl it pak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: