Skip to content

”ADAKAH SAYA MERASAKAN BAHAWA ALLAH YANG MELAKUKAN SEGALA SESUATU ?”

August 19, 2011

”ADAKAH SAYA MERASAKAN BAHAWA ALLAH YANG MELAKUKAN SEGALA SESUATU ?”

Satu pertanyaan yang perlu ditanya kepada diri kita ialah ”Adakah saya merasakan bahawa Allah yang melakukan segala sesuatu ? ”

Anda berjanji untuk bertemu dengan seseorang pada waktu tertentu tetapi dia tidak datang tepat pada waktunya. Anda menyelesaikan sesuatu yang penting tapi orang tidak menghargainya. Anda berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik kepada seseorang tetapi orang tersebut tidak menyedarinya. Anda mengatakan sesuatu kepada seseorang dengan niat yang baik tetapi dia tersalah faham. Anda membersihkan suatu tempat selama berjam-jam untuk menjadikannya dalam keadaan yang sempurna tetapi seseorang menyerakkannya semula. Anda perlu tidur tapi seseorang membuat bising. Anda meminta bantuan semasa kecemasan, tetapi tidak seorangpun datang untuk membantu. Anda memberikan sesuatu yang berharga kepada seseorang, tetapi ia hilangkannya. Anda belajar untuk menghadapi peperiksaan

universiti selama bertahun-tahun tetapi pada hari itu anda tiba-tiba sakit dan tidak boleh mengambil ujian. Seseorang tidak sengaja menuangkan sesuatu pada baju baru anda. Anda menyimpan banyak wang dalam dompet anda, tetapi dompet anda dicuri. Seseorang melanggar kereta anda semasa memandu di jalan raya. Anda tergesa-gesa perlu sampai ke suatu tempat tetapi kenderaan anda tidak boleh bergerak kerana kesesakan jalanraya. Seseorang yang rapat dengan anda tiba-tiba jatuh sakit dan ia meninggal dunia kerana ambulans tidak datang dengan cepat. Anda dirawat di hospital untuk penyakit tertentu tetapi dijangkiti pula oleh penyakit lain.
Fikiran anda mungkin merasa terganggu dengan musibah yang menimpa ini dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain untuk semua kejadian-kejadian buruk ini.

Dalam situasi seperti diatas, kita akan mengeluh dan merasa marah terhadap orang-orang yang menyebabkan situasi buruk tadi dan menganggap bahawa insiden itu tidak akan berlaku jika orang-orang tadi tidak melakukan kesalahan. Namun hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika seseorang menyedari hakikat ini, seluruh pandangan kita terhadap tujuan hidup ini akan berubah sama sekali.

Selain Allah, tidak ada kuasa tunggal di bumi yang boleh menggerakkan sesuatu, walaupun objek sebesar debu. Apa yang terjadi di muka bumi ini hanyalah kerana Allah kehendaki begitu. Kita boleh bandingkan apa yang kita alami sepanjang hidup ini sebagai sebuah tayangan video. Setiap kali kita menonton tayangan video, kita melihat gambar yang sama. Hal ini juga benar bagi kehidupan manusia. Jika video ini disimpan selama beratus-ratus tahun dan ditonton semula, gambar yang ada di dalam video adalah gambar yang sama. Pengalaman seseorang sepanjang hidupnya juga begitu, ianya tidak akan berubah. Jika seseorang akan terlambat untuk temujanji, dia pasti akan terlambat. Mungkin ada pelbagai alasan untuk itu, mungkin kesesakan lalu lintas, ditimpa sakit atau lupa. Tapi hasilnya tidak akan berubah. Demikian juga tidak ada perubahan waktu di atas kematian seseorang. Ambulans mungkin terlambat datang, kemungkinan kerana kesesakan lalu lintas atau doktor mungkin lalai menjalankan tugasnya. Tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Kematian yang telah di jadualkan tetap akan berlaku. Oleh kerana itu pandangan seseorang terhadap sesuatu yang berlaku harus berbeza. Sebagai contoh, jika dompet seseorang dicuri, maka itu adalah takdir Allah bahawa orang itu tidak mempunyai wang dan Allah mencipta alasan untuk tujuan itu. Jika ia tidak dapat mengambil ujian masuk ke universiti, maka Allah menghendaki kerjaya lain untuk orang tersebut. Jika seseorang tidak dapat menemui rakannya kerana sesuatu sebab, itu adalah kerana kehendak Allah mereka tidak bertemu. Tidak seorang pun akan terlambat, tidak ada seorang pun yang akan lupa, tidak ada seorang pun yang lalai, tidak akan berlaku salah faham, tidak akan hilang sesuatu barang pun atau tidak ada orang yang akan mengalami kemalangan jika itulah ketentuan Allah. Ada sebuah fakta tunggal yang perlu kita sedari: ” Allahlah yang mencipta segala yang dialami oleh seseorang dan Allah pasti mencipta satu alasan untuk apa yang diciptaNya. Sebab musababnya tidak datang dengan sendirinya kecuali dikehendaki Allah. Tidak seorang pun mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu kecuali jika dikehendaki oleh Allah. Allah menerangkan perkara ini di dalam Al-Qur’an melalui ayat-ayat berikut :

Dan tiadalah kamu berkemahuan ( melakukan sesuatu perkara ) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya ). (QS. Al-Insan, 30)

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu ( mengenai sesuatu pun ) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. (QS.At-Takwir,29)

” Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!”

(QS:As-Saffat,96)

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau ( wahai Muhammad ) yang melontar, ketika engkau melontar, akan tetapi Allah jualah yang melontar ( untuk membinasakan orang-orang kafir ) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik ( kemenangan ) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (QS. Al-Anfal, 17)

“… dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan ” (QS. Al-Anbiya, 35).

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, semuanya adalah kerana kehidupan di dunia ini adalah tempat ujian. Untuk menguji manusia, Allah akan memberikan peristiwa tertentu yang mungkin disukai atau tidak oleh seseorang. Ini adalah untuk menguji bagaimana manusia tersebut menangani masalah tersebut. Dalam semua peristiwa yang diciptakanNya, Allah menyembunyikan banyak rahsia, hikmat, keberkatan dan berbagai-bagai cubaan. Misalnya seseorang yang tidak dapat pergi ke suatu tempat berpunca dari kesilapan orang lain, mungkin terselamat dari bahaya kemalangan kereta di jalan raya, atau rompakan atau apa-apa kemalangan lain. Ini semua adalah hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu kejadian.

Kita hendaklah menyedari bahawa terdapat rahsia yang tidak terhitung banyaknya dan hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu kejadian, jadi seseorang harus berserah sepenuhnya kepada Allah dan percaya kepada ketentuan-Nya. Walau apa pun takdir Allah yang menimpanya, samada baik atau buruk, ia harus bersyukur kepada Allah dan menyedari bahawa Allah telah memberikan yang terbaik untuknya.

Dia mesti jangan lupa bahawa Allah-lah yang menciptakan semua kejadian dan sentiasa ingat bahawa sesuatu kejadian itu bukan disebabkan oleh seseorang. Seseorang yang berbuat baik atau sebaliknya kepada dirinya sendiri adalah disebabkan Allah memerintahkannya begitu. Oleh kerana itu tidak wajar bagi seseorang untuk memarahi orang lain, dan membalas perbuatannya. Apabila seseorang yang beriman mendapat kebaikan atau keburukan, dia harus ingat bahawa ianya adalah cubaan yang datang dari Allah.

Sesungguhnya kita harus mencegah kemungkaran dan sentiasa berbaik sangka terhadap sesame manusia.. Namun kita harus selalu diingat bahawa Allah-lah yang mencipta setiap kejadian yang dialami dalam setiap saat kehidupan kita.

Sikap umat Islam yang menyedari fakta ini disebut di dalam Al-Qur’an sebagai berikut:

Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan ( dengan kepercayaan itu ) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. ” (QS. at-Taubah, 51).

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: