Skip to content

Cara Mudah Mengenal Diri

November 7, 2011

CARA MUDAH MENGENALI DIRI
BAB 1

Bersandarkan dari pengalaman dan pembelajaran ingin ku kongsi bersama dengan murid2 dan abang2 yang lebih tua dariku harap dapat diberikan tunjuk ajar jika terdapat kesilapan dalam saya menyingkap tentang diri. Sering kita dibelenggu dengan persoalan tentang diri…. Kebanyakkan kita masih tercari2 tentang diri… sepanjang kita bergerak telahkah kita menemui diri ini? Jadi disini izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman tentang diri ini yang mungkin dengan cara yang lebih mudah difahami… jika ada salah harap yang lebih tua boleh perbetulkan insyaallah kerana jika dah memberi maka tidak salah untuk menerimanya. Diri yang kukenal?? Siapa diri yang ku kenal ini?? Bagaimana nak berbicara dengannya?? Adakah diri ini bersuara?? Persoalan ini dahulu yang perlu kita pecahkan untuk mengenal diri ini disamping kita bergerak mengikut rasa??

* bagi saya jika kita baru belajar atau baru mengambil jalan ini persoalan seperti ini janganlah terus kita nak fikirkan dahulu, tapi memang lah penting untuk kita tahu bagi kita lebih mengenali diri. jika yang baru belajar ketepikan dahulu persoalan ini sebaliknya bersihkan dahulu rumah bagi diri ini, makna bersihkan ini adalah pulihkan dahulu segala perjalanan darah organ2 dalaman mana yang rasa kurang sedap… tak perlu tanya bagaimana caranya kerana guru pasti telah tunjukkan caranya. kalau masih tak faham soal balik diri sendiri untuk apa aku bergerak ini? kalau bergerak untuk pulihkan segala anggota dalaman badan makna nya adalah membersihkan rumah bagi diri. kenapa saya katakan rumah diri sebabnya diri letaknya didalam batang tubuh kita.
bila dah “rasa” pulih semua baru ke peringkat seterusnya yakni bergerak dengan tujuan dan niat yang baik. seperti tadi jugak apa tujuan kita bergerak? adakah niat kita baik atau tidak ketika bergerak? tujuan dan niat mestilah selaras dan selari kerana bila ada tujuan mesti ada niatnya, sama ada tujuan kita itu baik atau jahat bergantung pada niat kita. Apa itu bergerak dengan tujuan? kita telah mengambil jalan ini guru pun telah menunjukkan kita jalannya sehingga kita faham untuk menggunakan jalan yang ditunjukkan guru kita, didalam perjalanan ini terdapat pelbagai rahsianya. sebagai cth. dari rumah hendak ke kedai sepanjang perjalanan dari rumah hendak ke kedai di kiri dan kanan jalan pasti kita akan lihat pelbagai jenis rumah kereta dan kedai jualan yang pelbagai dan pada ketika itu kebetulan kita sedang membuat pengubahsuaian rumah, apabila kita sedang berjalan untuk menuju kekedai kita melihat sebuah rumah yang cantik senibinanya jadi pasti kita nak tahu siapa yang membuatnya maka kita pun singgah sebentar memberi ‘salam’ pada tuan rumah dan bertanya siapa kontraktor yang diupah utk membuat rumah ini berapa kos nya? bila dah tahu kita sambung berjalan terus menuju kekedai”.
Jadi dari cerita diatas jika dibuat perbandingan/persamaan agar mudah difahami dengan kaedah jalan “sisepuluh” dapat kita lihat, tujuan sebenar nak pergi kekedai disamping itu dlm perancangan utk membuat pengubahsuaian rumah. pengubahsuaian itu juga boleh kita katakan tujuan kita juga kerana memang kita bertujuan nak mengubahsuai rumah jadi dlm perjalanan kekedai kebetulan kita nampak rumah cantik kita singgah dan tanya kemudian terus kekedai dengan tujuan asal kita. dlm kaedah sisepuluh jalan kita dah tahu bila dah tahu apa perlu kita buat mesti ada tujuan. apa tujuan kita untuk belajar ilmu ini. kalau untuk membantu sesama manusia bantuan yang mcm mana? kalau mengubati untuk mengubati orang maka kita kena ada tujuan untuk mencari ilmu bagaimana utk mengubati orang, jalannya kita dah tahu dengan kaedah sisepuluh maka terus bergerak dan nyatakan tujuan kita dalam pergerakan itu. jadi dapatlah dilihat disini tujuannya adalah baik(niat) / atau berniat baik untuk membantu sesama manusia. kerana sepanjang perjalanan dengan kaedah sisepuluh nie pelbagai ilmu akan kita perolehi sama ada dikiri atau kanan jalanya yang penting usaha kearah tujuan yang kita kehendaki selebihnya berserah pada yang Maha Berkuasa kerana dia yang menentukannya.
wassalam…

“Aku Yang Rasa”

BAB 2

“RASA” ini lah yang menjadi KUNCI PENGHUBUNG antara kita dan diri… siapa “diri” ini? ketika kita belajar ilmu ini kita telah didedahkan dengan “diri” yang menyimpan pelbagai rahsia baik nyata mahu pon ghaib persoalannya apakah rahsia2 ini, pernahkah kita selami dan alaminya?. Untuk menyedar tanpa disedari ambillah ini sebagai satu contoh untuk mengenal diri atau me’rasa’ KEHADIRAN ‘diri’ ketika didalam kereta untuk ke pejabat kita mulakan dahulu berbicara dengan diri cth : “kereta kau bawa aku kepejabat dengan Selamat” walau pun ianya ditujukan kepada kereta tetapi diri juga merasakannya kerana diri berada di dalam, sedang kita asyik membawa kereta sambil mendengar radio tiba-tiba melintas seorang kanak2 dihadapan kereta kita… (kalau ikut normal mungkin kanak2 itu telah kita langgar kerana pada masa itu kita dah tak sempat nak tekan brek) jadi disini lah diri itu muncul dengan tiba2 kaki kita terus menekan brek tanpa perlu menunggu isyarat dari otak dan tangan terus memusingkan stering kereta bagi mengelak … mengikut sains ianya dipanggil tindakan refleks. Saya rasa kebanyakkan kita semua mesti telah alamai situasi seperti ini mungkin dengan cara yang berlainan cuba kita lihat setelah kita berjaya mengelak lihat keadaan tubuh kita turun naik nafas kita. Kita terasa begitu letih betul… cuba kita lihat pula ketika kita sedang beramal dengan “bergerak” dari perlahan kita teruskan lama kelamaan menjadi laju dan lama lagi kita berasa letih dan “kembali” bersatu… situasi atau keadaan nya hampir sama Cuma membezakan tindakan kita didalam kereta adalah tindakan yang terus dan cepat jadi letihnya cepat manakala tindakan kita ketika bergerak adalah mengikut aturannya jadi letihnya agak lambat untuk rasa..

Huraian

Kenapa ‘rasa’ menjadi penghubung antara ‘diri’ dan kita. Dari ‘rasa’lah ianya akan menjadi kata-kata didalam hati dan kata-kata pendengaran. Setiap kita mempunyai ‘rasa’ untuk saya menceritakan bagaimana ‘rasa’ itu adalah mustahil kerana yang empunya ‘diri’ sahaja yang tahu bagaimana ‘rasa’ yang di’rasa’nya. Seperti memakan sebiji cili padi, bagi yang memang dah biasa dengan pedas tidaklah menjadi masalah tetapi bagi yang tidak biasa memang tak boleh tahan dengan pedasnya sehingga boleh dengan sendirinya airmata mengalir. Tapi bagaimana ‘rasa’ pedasnya hanya yang makan cili sahaja yang merasa pedasnya bagaimana mengikut ketahanan/kemampuan masing-masing. Bagi sesetengah orang ada yang mengatakan ‘diri’ berkata-kata dengannya, dan ianya bukanlah perkara yang tidak mustahil dan kadangkala kita pun pernah alaminya sama ada dalam mimpi atau dalam khayalan. Ada juga yang berkata-kata didalam hati. Saya bagi contoh seperti ini (dah ‘rasa’ nak demam nie, tapi rileks dululah, tiba-tiba dalam hati kata memang nak demam nie, kemudian terpandang diluar tingkap melihat cuaca yang begitu cantik pada hari itu sehingga asyik dan fikiran pun terhayal lantas suatu suara yang dapat ditangkap oleh telinga “Makan Ubat!!!!”) dan suara itu juga kita dapat melalui ‘rasa’ sebenarnya. Kenapa saya katakan suara itu kita dengar melalui ‘rasa’ kerana ketika ini kita berada dipertengahan antara dunia ghaib dan nyata. Suara itu hanya akan kita dengar apabila kita berada di dunia yang ghaib atau perantaraan antara nyata dan ghaib. Dari contoh diatas ini apa yang cuba saya sampaikan adalah dari dunia nyata hingga ghaib dimana nyatanya dalam contoh ini dan dimana pula ghaibnya, carilah jawapannya sendiri memang ada dalam contoh tadi dan untuk memahamkan kita supaya mudah untuk lebih kita mempelajari rahsia-rahsia yang ghaib. Inilah juga yang saya sendiri nyatakan disini asas untuk membezakan yang nyata dan ghaib atau yang zahir dan batin. Kerana setiap perkara ada asasnya sama seperti ilmu ini juga ada asasnya untuk mengenal diri dan dalam sesuatu perkara pun pasti ada asasnya jika kita faham pada asasnya maka senanglah untuk kita pelajari yang nyata dan ghaib……

GERAK
kebanyakkan yang memilih jalan ini seolah masih tercari-cari, sedangkan ketika dibukakan guru telah menunjukkan jalan “nah ini jalannya untuk engkau pecahkan rahsia-rahsia yang tak dapat enkau pecahkan dengan akal fikiran kau” tetapi masih lagi mencari jalannya, jadi guru juga telah memberi sedikit lagi gambaran bagaimana jalan itu malangnya masih jugak si murid tidak tahu dan keliru jadi guru pun membawa bersama murid itu dan tunjukkan jalannya yang mana satu dan membawanya sekali melalui jalan itu sehingga murid itu sendiri faham “oohhh inilah jalannya yang aku cari selama ini seperti yang guruku gambarkan pada ku barulah aku faham rupanya dikiri kanan jalan ini ada rahsianya dan terpulang pada aku sama ada mahu mengambilnya atau tidak” jadi setelah guru melihat murid nya sudah mula faham jalan yang dilaluinya maka di ijazahkanlah dia…… bila sudah diijazahkan bermakna murid mestilah tahu jalan apa yang di ijazahkannya jika tidak ijazah apa yang diambil olehnya, kalau belajar bidang kedoktoran diijazahkanlah dengan ijazah kedoktoran… jadi setiap murid mesti faham apa yang diijazahkan kepadanya…. bila faham dan tahu maka senang untuk berjalan dan tidak perlu dicari-cari lagi bila diijazahkan bukan lagi peringkat mencari lagi ianya adalah peringkat praktikal dengan ijazah yang diperolehi, lakukan dan cuba sehingga berjaya menembusi setiap pintu rahsia… jalan yang menyimpan pelbagai rahsia berusahalah dan terus berusaha… tidak perlu lagi soalan dimana letaknya diri, berupakah diri itu bukan ini yang kita cari apa yang kita cari adalah jalannya, jalan yang telah ditunjukkan oleh guru kita jadi pergunakanlah jalan itu bagi membantu keluarga dan jiran2 setempat dengan kita, insyaallah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: