Skip to content

GERAK ROHANI

June 16, 2012

GERAK ROHANI

Kebanyakkan dari kita, tidak faham apa itu gerak rohani. Gerak rohani itu adalah gerak hati halus. Ada setengahnya menggelarkan nya sebagai gerak semangat (gerak rasa). Ada setengahnya pula memanggil dengan nama gerak naluri. Biar apa pun yang dipanggil atau yang digelar, sesungguhnya gerak rohani adalah merujuk kepada gerak roh.

Ada yang mengatakan gerak rohani boleh berlaku hanya dengan zikir atau doa yang mendayu-dayu, yang boleh mendatangkan keasyikkan. Apa lagi bila doa dan jampi serapah itu kadang kala boleh menyembuh kan penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor pakar. Ada sesetengah pula mengatakan yang rohani itu, bilamana kita bertorikat, seumpama torikat ahmadiah, muhammadiah, qodariah, jabariah, wahbi, ahli sunnah wal jamaah dan sebagainya.

Ada pula yang mengatakan bahawa rohani boleh tercapai hanya melalui beribadah sahaja. Tidak kurang pula ada yang dikatakan datangnya hanya dari guru tertentu, Maka taksublah mereka kepada guru sehingga menghalalkan cara untuk mencapai tujuan.

Tidak kurang pula ada yang mengatakan bahawa gerak rohni itu bid’ah, iaitu hal yang tidak ada contohnya di zaman Nabi atau para sahabatnya. Yang akhirnya membuatkan kita tercari-cari, tertanya-tanya dan dalam kebingungan. Apakah itu rohani ? Padahal perkara rohani atau pekerjaan rohani, berlaku pada diri kita setiap hari, masa, saat dan pada setiap ketika. Pekerjaan rohani itu, sedang mengalir, sedang meliputi jasad dan sedang menggerakkan tubuh badan kita, tanpa kita sedari dan tanpa boleh ditahan-tahan atau disekat-sekat.

Seperti apa yang berlaku dalam proses tumbesaran hidup kita. Sedari didalam perut ibu, kita tidak pernah memikirkan tentang pembesaran. Tanpa memikirkan soal makan dan minumpun kita semakin hari semakin membesar, sehinggalah kita lahir ke dunia.

Dari sekecil tapak tangan, sehinggalah sebesar sekarang ini, proses pembesaran itu berlaku tanpa kita sedari. Potong kuku minggu lepas, kelihatannya hari ini panjang lagi. Potong rambut bulan lepas, ternyata hari ini panjang lagi. Semua itu tidak kita minta dan sedikit pun tidak terlintas difikiran kita, ianya berjalan dan berlaku secara rohani.

Manakala yang kita minta, pohon dan yang kita fikir hampir separuh mati, ianya tidak berlaku dan tidak terjadi sebagaimana dihajati. Sekiranya kita berfikir untuk menjadi kaya, ternyata hari ini, kita masih lagi dalam berkeadaan miskin. Sedangkan proses pembesaran pada tubuh badan kita tetap akan berlaku. Sekalipun akal kita tidak pernah memikirkan nya. Itulah ertinya “ROHANI” atau pekerjaan rohani (pekerjaan roh)

Begitu juga dalam proses pernafasan (keluar masuknya nafas), denyutan nadi, degupan jantung, semua itu adalah hasil dari gerak kerja anggota rohani, bukannya digerak oleh pekerjaan akal. Akal tidak mampu untuk menghentikan denyutan jantung, akan tidak boleh mendenyutkan nadi atau menahan daya pernafasan. Semua uni tidak mungkin berlaku, tanpa gerak rohani. Hanya rohani sahaja yang dapat memberhentikan rohani.

Yang menggerakkan kita adalah diri rohani dan yang mematikan kita, adalah juga rohani. Pekerja rohani, boleh berlaku dan boleh bekerja semasa secara serentak. Bila kita tidur, telinga dan seluruh anggota termasuk akal kita juga turut tertidur. Sungguhpun begitu, bilamana ada orang datang memanggil nama kita sewaktu kita tidur, kita masih boleh mendengar dan terjaga. Begitu juga bilamana kita terasa hendak terkencing malam, walau jam menunjukkan pukul dua atau tiga pagi sekalipun, kita akan terjaga untuk membuang air kecil, walhal tidak ada kuasa akal untuk menggerak atau mengejutkan kita dari tidur untuk tujuan membuang air kecil.

Perkara-perkara seumpama itu, semuanya diluar kotak pemikiran akal. Ini adalah yang dikatakan gerak rohani dan itulah yang dikatakan “PEKERJAAN ROH”. Rohlah rohani kita, nyawa kita, nafas kita, nadi kita, jantung kita dan itulah rohani. Yang mengawal dan menjaga kita sewaktu kita tidur mahupun semasa kita jaga.

Hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memerhatikannya. Rohani itulah roh kita dan itulah juga sebenar-benar diri kita yang hakiki. Setelah diri memiliki kekuatan gerak secara rohani (gerak rohani secara semulajadi) pancaindera kita telah menjadikan lupa kepada asal usul gerak.

Membuat kita menjadi lupa kepada diri kita yang sebenar. Akal dan sifat anggota zahir kita itulah, sebenarnya yang telah melupakan kita kepada perjanjian dianrara roh dengan Allah Ta’ala. Diketika awal kejadian dulu.

Tidakkah diawal kejadian kit “ROH” telah berjanji dihadapan Allah Ta’ala itulah Tuhannya. Allahlah Tuhan kepada sifat mata, telinga, mulut, hidung, kepala, tangan dan kaki. Tetapi kenapa selepas zahir anggota pancaindera kealam nyata ini, membuatkan kita jadi lupa kepada janji-janji itu. Mana janji-janji itu ?

Segala kelengkapan anggota 7 yang kita miliki ini, sebenarnya merupakan rahmat kasih Allah. Kasih Allah itu “BOLEH BERUPA” sebagai rupa tangan, kaki, hidung, mata, pokok, binatang, gunung, langit, bumi dan sebagainya.

Kasih Allah boleh dirupa, dizahir, dinyata dan dipamerkan dengan berbagai-bagai rupa bentuk. Anggota kita itu, adalah sebenar-benarnya rahmat Allah, begitulah seterusnya.

Rupa bentuk jasad (tubuh badan) ini, adalah juga bagi mempernampakkan kasih Allah. Kasih Allah itu boleh berupa perintah, larangan, suruhan, teguran atau tegahan. Itulah maknanya kasih Allah, meliputi sekalian alam, termasuk diri kita dan alam semesta.

Jika kita tahu untuk membinasakan seluruh sifat makhlok, dengan menggantikan dengan sifat kasih Allah, disitu kita akan dapat melihat meliputinya Allah. Jika kita tahu untuk membinasakan sifat binatang atau sifat pokok, di situ kita akan dapat melihat meliputi nya Allah, melaluinya. Sekiranya kita tahu untuk membinasakan diri kita sendiri, di situ kita akan dapat melihat kasih Allah yang nyata pada diri kita. Makhlok itulah kasih Allah.

Sekiranya kita tahu untuk menggantikan sifat anggota denan perkataan “KASIH ALLAH” maka jadilah kita ” KEKASIH ALLAH”. Sifat diri kita hanya sekadar “PEMEGANG AMANAH KASIH” Allah. Kasih Allah itu adalah suatu perkara yang tidak dapat dikualiti atau dikuantitikan.

Kualiti dan kuantiti kasih Allah itu adalah jasad diri kita. Jasad kita itu adalah sebahagian kasih Allah, bilamana diri kita merupakan sebahagian dari kasih Allah, bermakna diri kita juga tidak boleh dikuantiti atau di kualitikan lagi dengan sifat ! Malainkan binasa ! Setelah binasa jasad, barulah kasih kasih dan kekasih Allah itu, dapat kita lihat dengan kuantiti dan kualiti Allah.

Di kerana itu, fahamlah bahawa sesungguhnya diri kita itu, sebenarnya adalah kasih dan rahmat Allah. Setelah terlihat rahmat dan kasih Allah, maka terleburlah dengan sendirinya sifat diri ! Setelah terleburnya diri, maka disitulah kasihnya Allah itu berkekalan selamanya pada pandangan hati !

Kasih gagah dan kasih kuat yang Allah pamer dan perlihatkan pada tangan kita, telah disalah anggap, dengan beranggapan bahawa, gagah dan kuat itu milik dan kepunyaan kita. Bila kita anggap gagah dan kuat adalah pada anggota tangan, itulah makanya kita gunakannya untuk bergaduh, mencuri, memukul orang dan sebagainya.

Mengaku pertolongan yang dihulur melalui melalui anggota tangan itu, datangnya dari kegagahan dan kekuatan kita. Setelah segalanya disangka datangnya dari diri kita sendiri, itulah makanya kekuatan rohani yang didatangkan oleh Allah itu, tidak lagi terlihat dan tidak lagi terpandang oleh kebanyakkan kita. Inilah yang menghijab cahaya nur roh Allah, dari penglihatan hati, sehingga tidak terpandang oleh kebanyakkan kita.

Ingat, ingat dan ingatlah bahawasanya kita ini sekadar memegang “AMANAH KASIH” dan ” AMANAH SAYANG” Allah. Dengan cara itu, semoga boleh membuatkan kita sentiasa ingat kepada tuan yang kuasa (tuan yang empunya kasih dan sayang). Jangan sekali-kali jadikan barang kepunyaan Allah, sebagai milik sendiri !

Kasih dan sayang Allah itu, seumpama sebuah kenderaan. Allah itu, jangan sehingga menjadi milik peribadi kita. Perkara itu yang hendak kita jaga dengan cermat, jangan sampi barang orang, telah diaanggap sebagai barang sendiri! Jika kita ingat bahawa kenderaan kasih itu milik dan kepunyaan kita sendiri, itulah yang membuatkan kita lupa dan lalai untuk bercermat, yang membuatkan kita rasa boleh berbuat sesuka hati.

Jika kita ingat bahawa anggota yang kita bawa dan yang kita sandang itu, adalah merupakan barang orang, yang apabila sampi masanya akan dipulangkan semula kepada tuannya, membuatkan kita cermat dan berhati-hati. Sedar dan ingatlah selalu bahawa, barang yang kita bawa ini, adalah “AMANAH KASIH DAN AMANAH SAYANG” Allah kepada kepada kita !

Bagi yang mengaku diri kita ini milik kita, itulah orang yang angkoh. Apabila angkuh, itulah timbulnya tanggapan yang bahawasanya yang kaya itu aku, yang besar itu aku, yang kuat itu aku, yang cantik itu aku, yang bersedekah itu aku, yang mengerjakan ibadah itu aku, yang alim itu aku, yang beriman itu aku, yang sembahyang, puasa, zakat, haji itu aku, sifat keakuan ( sifat aku) itulah akan memakan diri sendiri dan inilah sifat orang yang tidak mengenal diri, lupa diri dan inilah tandanya orang-orang yang angkuh.

Bila kitA berhasil mengerjakan ibadah, lalu kita mengaku bahawa ibadah itu datangnya dari kekuatan, upaya, kerajinan, kekuatan iman kita dan semuanya milik kita, ini aku, itu aku, sini aku, sana aku, segalanya aku, aku…
Inilah tandanya mereka yang tidak mengenal diri, bilamana tidak mengenal diri, maka jadilah bersultan dimata dan beraja dihati!

Bilamana tidak mengenal roh, mereka tidak tahu apa itu gerak rohani. Bilamana kita tidak tahu asal usul gerak, itulah makanya kita bersifat angkoh, sombong, bengis, garang, tidak ada perasaan belas ihsan dan sebagai nya. Sikap kebesaran diri akan mengatasi gerak Allah. Segalanya dianggap datangnya dari sendiri. Jika ada orang yang cuba menasihati kita atau ada yang cuba untuk menyedarkan kita dari tersasar jauh, lalu dengan angkuhnya kita berkata, aku lrbih tua dari kamu, aku lebih dulu makan garam dari kamu, aku lebih alim dari kamu, aku lebih mengaji tinggi dari kamu, aku ini bergelar mufti, kadi, wazir, ustaz, imam dan sebagainya. Yang menggambarkan keangkuhan diri.

Inilah diantara mereka-mereka yang lupa diri, lupa roh dan lupa kepada gerak roh Allah. Sedangkan yang menggerakkan kita untuk mengerjakan amal itu juga, adalah datangnya dari gerak Allah.

Kita dilahirkan sama, tidak kira seorang raja, menteri, peguam, hakim dan walau pun sebagai seorang pekerja tukang sapu jalan sekali pun. Lihat dan perhatikanlah di ketika kita sujud di dalam sembahyang, semasa sujud semuanya berada di bawah tapak kaki masing-masing. Semuanya digerak oleh kuasa rohani, tanpa rohani, kita semua tidak akan berkuasa untuk bergerak. Manakala roh pula, digerak oleh Allah sendiri.

Di ketika kita sujud, kita semua berada pada taraf yang sama rata, iaitu berada di bawah tapak kaki orang-orang yang dibarisan (saf) hadapan, itulah hina dan rendahnya darjat kita. Sebagai sesama hamba Allah, kita tak boleh beranggapan yang kita melebihi orang lain. Sedarlah wahai sekalian yang ada bahawa apa yang kita bawa dan yang terlekat pada jasad kita ini, bukan lagi bernama anggota. Ia adalah bernama rahmat, nikmat, kasih dan bernama sayang Allah. Oleh itu jangan lagi terpanggil nama anggota, bermulalah ia dengan panggilan “DENGAN NAMA ALLAH”!

Jangan lagi panggil anggota denggan nama kaki atau tangan. Kita bermula panggil anggota kita dengan panggilan “Dengan. Nama Allah”. Kita tidak layak lagi pakai anggota, tetapi kita pakai “NIKMAT”. Kita tidak lagi ada anggota samada anggota kaki, mulut, mata atau telinga tetapi kita hanya ada “ALLAH”!. Bilamana terpakainya “Dengan Nama Allah”, maka nama sekalian anggota jasad kita, dengan sendirinya akan lebur.!

“Sesungguhnya Allahlah yang melaksanakan segala urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allahlah yang telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”

Sesudah semua milik Allah, untuk apa lagi adanya anggota?. Kita tidak lagi perlu pada anggota, kita hanya perlu adanya Allah. Bilamana kita bersandar kepada Allah, sebagaimana Firman diatas, ianya bukan membuatkan kita tidak mahu berusaha dan berikhtiar. Bilamana kita banyak berserah diri kepada Allah, sesungguhnya membuatkan kita bertambah banyak berusaha dan berikhtiar. Kerana usaha dan ikhtiar itu juga adalah dari Allah, makanya mereka sanggup bekerja gigih dan bersungguh-sungguh. Bukannya hanya hanya duduk dengan bertadah tangan sahaja.

Ada setengahnya mengambil jalan mudah dengan berpendapat bahawa setelah segalanya telah diatur dan disusun oleh Allah taala sejak Azali, tidak bererti kita tidak perlu bekerja atau mencari nafkah atau hanya duduk bertawakkal atau beriktikaf dalam mesjid, tanpa berusaha mencari rezeki untuk menyara anak isterinya.

Jika dengan cara berdiam diri itu adalah ketetapan Allah, tidak ada sesiapa yang boleh menolak dan sekiranya ketetapan Allah digerakkan untuk keluar mencari rezeki, maka itu juga ketetapan Allah.

Oleh itu, mana yang duduk beriktikaf di dalam mesjid, jangan kita keji dan mana yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki, itu juga jangan dipuji. Allah telah mencipta segala sesuatu itu, mengikut ketetapan ilmuNya yang tersembunyi mengikut hikmahnya masing-masing.

Gerak Allah itu melalui berbagai kaedah, bermacam dan berbagai ragam. Ketetapan Allah itu, ada melalui gerak diam dan ada juga melalui gerak kerja! Diam dan gerak itupun juga adalah dari ketetapan Allah Ta’ala.

Nabi Allah Ibrahim juga meninggalkan anak kesayangannya Ismail dengan isterinya SIti Hajar, juga ditempat yang tidak ada air, makanan dan tidak ada kawalan keselamatan. Tempat yang tandus dan banyak binatang buas. Tidakkah itu suatu tindakan yang tidak bijak mengikut perkiraan akal makhlok!

Tetapi mengikut perkiraan Allah, itu adalah suatu perkara yang bukan mustahil, melainkan mengandungi seribu hikmah di sebaliknya. Dengan berserah kepada Allah untuk menjaga dan memberi anak isterinya mskan, sekali pandang kelihatan seumpama zalim, itu juga adalah mengikut ketetapan Allah sedari Azali.

Tanggapan pada mata kasar, kelihatan seumpama zalim atau tidak berperikemanusiaan. Namun kehendak dan ketetapan Allah, mengatasi ketetapan dan kehendak kita. Di sebalik zalim atau tidak berkeperimanusiaan itu, mungkin ada menyimpan rahsia tersembunyi.

Untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa atau ibu, seumpama ibu bapa bercerai. Hendaknya jangan sekali-kali merasa kecewa, sedih, tersisih dan jangan ada rasa dendam terhadap mereka. Itu semua adalah sudah ketetapan dan suratan Allah. Sepintas lalu, memang hati mana yang tidak kecewa ditinggalkan ayah ibu sedemikian rupa, namun jika kita berbalik semula kepada Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lebih rasa rela dengan apa yang berlaku!

Ada sesetengah anak-anak mengambil jalan membenci ibu bapa, yang sanggup membuang dan menyisihkan mereka semasa kecil (bayi). Ada ibu yang meninggalkan anak-anak kepada orang. Ada sesetengah bapa yang meninggal atau menceraikan isteri dengan membiarkan anaknya tanpa pembelaan. Namun bagi pihak anak-anak, kita tidak boleh mempersalahkan mereka, pandanglah kepada ketetapan Allah.

Segala gerak itu, bukannya boleh didatangkan sendiri, melainkan telah didatangkan sedari mula oleh Allah. Gerak iblis sekalipun, tidak terlepas dari ketetapan Allah. Iblis bergerak menggoda Adam, itu adalah juga mengikut kehendak dan ketentuan serta ketetapan Allah. Iblis bergerak menggoda anak Adam, itu adalah juga mengikut kehendak dan ketentuan serta ketetapan yang telah Allah tetapkan. Tidak boleh lari atau berganjak dari ketetapan Allah. Walaupun iblis itu kerjanya menggoda dan menyesatkan makhlok manusia, tetapi dia juga bergerak mengikut kehendak Allah jua.

Firman Allah :-

38.Surah Şād (Verse 82)
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, –

38.Surah Şād (Verse 83)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

” Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas (di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan) “.

Ada segelintir dari kita, tidak boleh menerima hakikat itu, masih juga menyalahkan ibu bapa. Fahaman atau pendapat seumpama itulah yang membuatkan islam itu kehilangan rasionaliti. Inilah yang menghilangkan seni islam (roh islam) terhadap ketetapan Allah. Tidak mahu menerima bahawa segala buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah.

Sesungguhnya orang yang lupa diri itu, adalah orang yang tidak mahu menerima hakikat kehidupan itu, sebenarnya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah Ta’ala. Mereka mendakwa bahawa, pandai itu kerja aku, alim itu kerana aku, kaya itu usaha aku, ini kerja aku, itu usaha aku, ini kekuatan aku dan siapa-siapa yang melawan dan bagi yang membantah aku, akan aku tentang dan akan aku lawan.

Bagi mereka yang bersikap sedemikian, tanyalah diri sendiri dan tiliklah kepada diri sendiri, bahawasanya kamu, aku, kita, mereka, dan dia itu, adalah sama-sama memakai harta ketetapan Allah. Yang telah ditetapkannya sejak sedari azali.

Oleh itu, tidak usahlah mengaku yang kita ini bersifat lebih, pandai, alim, bijak dan segala usaha itu datangnya dari diri sendiri. Jika kita berhajat untuk mengenal syaitan, lihatlah orang yang sombong dan orang yang sombong itu adalah orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah.

Orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah itu, itulah syaitan dan itulah iblis, malahan lebih dahsyat dari syaitan dan iblis. Mengaku amalan ibadah dari kekuatan imannya, mengaku beriman dari kekuatan ilmunya dan mengaku berilmu dari kekuatan dirinya sendiri. Inilah iblis dan inilah syaitan yang nyata yang dimaksudkan oleh Allah Ta’ala.

Kita tidak takut kepada iblis yang tersembunyi, kerana dia ghaib, yang paling kita takuti dan yang paling kita geruni adalah syaitan dan iblis berkepala hitam. Manusia yang angkuh itu, adalah mereka yang tidak mahu menerima ketetapan dan segala gerak itu datangnya dari Allah secara yakin yang hakiki tanpa dakwa dakwi lagi.

Sementara kita masih mampu untuk berpenglihatan, berpendengaran dan masih ada daya untuk bergerak, marilah kita sama-sama kembalikan segalanya kepada Allah ( selaku pemilik asal – lakukan sekarang ini juga ). Agar hendaknya terbuang dan terhindar dari sifat angkoh dan sombong. Yang angkoh dan sombong itulah iblis. Kerana angkuhlah makanya iblis itu terkeluar dari syurga Allah

Firman Allah yang bermaksud :-

“Hai iblis apakah yang menghalangi kamu dari sujud kepada orang yang telah Ku ciptakan dengan kedua tangan Ku sendiri. Apakah kamu sombong atau termasuk mereka-mereka yang tinggi ?.”

Sifat iblis itu, adalah simbolik kepada sifat kita yang keji. Kejinya iblis itu, telah mendapat restu ( perjanjian antara Allah dengan iblis, iaitu di antara isi kandungannya adalah untuk menggoda hamba-hamba Allah)

Adapun di antara isi perjanjian kita dengan Allah itu, adalah untuk patuh, taat dan akur kepada Allah, bukannya untuk mendurhaka sebagaimana iblis.

Percaya dan yakin wahai hamba-hamba Allah sekalian, bahawasanya segala gerak, segala kejadian, rajin, usaha, ikhtiar dan akal kita itu, semuanya adalah datangnya dari ketetapan yang Maha Berkuasa “ALLAH”. Dialah yang mengatur segala gerak kita.

Allahlah yang mengalirkan kemampuan gerak itu melalui otak. Allah dengan hidayah Nyalah yang memberi daya gerak kepada otak, untuk perbuat itu dan ini. Segala yang terlintas di kotak akal fikiran (otak) kita itu, sesungguhnya adalah lintasan dari gerak hidayah Allah. Walaupun gerak itu datangnya dari iblis sekali pun. Sesetengah orang ada yang mengatakan bahawa amanah kuasa gerak kita itu, diberi pinjam oleh Allah kepada kita.

Mengikut pengertian hakiki atau pengertian sebenar ilmu hakikat dan makrifattullah, amanah gerak kita itu, BUKAN DI BERI PINJAM ATAU DI BERI PAKAI oleh Allah kepada kita. Ianya merupakan semata-mata DARI ALLAH SENDIRI ( Secara MUTLAK ). Gerak itu bukan pinjaman yang didatangkan melalui fikiran akal, sesungguhnya gerak itu, datangnya dari GERAK ALLAH SENDIRI.

Allah lah yang mengalirkan gerak azali itu melalui akal, bukan akal yang mengalirkan gerak azali. Gerak akal atau tindakan akal itu melalui atau mengikut ketetapan gerak azali. Kelakuan atau tindakan kita itu, sebenarnya didahului dengan gerak, baru di susuli dengan perbuatan. Yang menggerakkan perbuatan kita itu, adalah Allah sendiri, melalui ketetapan yang telah ditetapkan Nya sedari azali.

Segala perusaan syarikat, kekayaan hasil dari perusahaan, keuntungan wang ringgit hasil dari perniagaan, kejayaan pemerintahan kerajaan, pemberian gelaran Dato’ atau mufti itu, semuanya dari Allah dan milik Allah.

Boleh ditarik, boleh dicabut dan boleh dilucutkan pada bila-bila masa yang dikehendaki Nya. Kenapa orang kaya jatuh miskin (papa), kenapa syarikat yang maju boleh bankrap, kenapa kerjaya yang cemerlang boleh turun pangkat ?, itulah tandanya segala pemerentahan kerajaan dunia ini, sesungguhnya dan sebenarnya adalah kerajaan pemerintahan Allah.

Pulangkanlah kembali kepada Allah, barulah hidup kita beroleh tenang, bahagia, aman, tidak risau, ragu, bimbang, khuatir dan tidak keluh kesah ( resah gelisah ). Baik buruk itu, datangnya dari Allah Ta’ala belaka. Itulah pengertian gerak rohani.

Jika kita mendakwa kita yang berkuasa, kenapa orang kaya yang berkuasa dan pintar, ada yang jatuh miskin, jatuh sakit dan jatuh bankrap. Kenapa kuasa kepintaran yang ada ditangannya, tidak digunakan untuk bertahan supaya terus sihat atau terus kaya !. Ada orang yang berpangkat menteri atau mufti, jika rakyat tidak suka, kenapa tidak boleh terus mempertahankan kuasa atau jawatan mereka !. Itulah tandanya segala gerak itu, adalah datang dan telah ditentukan oleh Allah Ta’ala.

Jika Allah menghendaki kita jatuh bankrap, miskin, melarat dan hina, tidak ada siapa yang mampu mengubah atau yang mampu untuk menolak gerak takdir ciptaan Allah.

Sebab apa yang kita rasa yang makanan itu sedap, manis atau tawar ?. Sebabnya adalah kerana Allah telah menggerakkan deria rasa lidah kita, supaya merasai sedapnya. Jika gerak rasa lidah itu ditarik Allah, apapun yang kita makan, kita tidak akan merasai manis, masin atau pahitnya sesuatu makanan. Itu menunjukkan dan menggambar kan bahawa segala gerak itu, adalah datangnya dari Allah, bukannya datang dari gerak sendiri.

Begitu juga dengan gerak ikhtiar akal, kebanyakkan orang mengaku bahawa yang mengatur dan yang menentukan segala gerak akal (ikhtiar) adalah datangnya dari gerak dan kehendak diri sendiri (akal). Kita diberi otak ( diberi akal ) untuk berikhtiar, memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Ada yang mendakwa bahawa sebagai manusia yang berakal kita ada kuasa memilih dan berikhtiar.

Tidak kurang pula ada yang mengatakan segalanya datang dari Allah!. Dalam kebingungan memilih, diantara dua pendapat yang berbeza itu, yang mana satu menjadi pertaruhan dan pikihan hati kita?.

Untuk menjawab persoalan diatas, cubalah kita lihat, perhati dan selidiki kepada daya penglihatan, pendengaran, daya tahu, daya ingat, daya perasaan, yang memberi daya kepada kita untuk berdiri solat, menggerakkan tangan untuk bertakbir. Cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri dan ajukan soalan itu kepada akal!. Milik dan kepunyaan siapa itu semua ?.

Sesungguhnya itu semua adalah milik Allah Ta’ala, segalanya. Kita sebagai hamba makhlok yang berakal lemah, beranggapan ianya seperti agak-agak atau seakan-akan semua itu milik kita.

Pada hakikat yang sebenarnya kita ini, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, melaunkan Allahlah segala-galanya. Alkahlah yang mengalirkan segala gerakNya bagi menggerakkan akal ikhtiar kita. Seandainya kita faham bahawa hakikat gerak itu dari Allah, ianya boleh membawa kita kepada keadaan beribadah dengan lebih khusyuk. Jika kita tahu bahawa yang mendirikan kita waktu kita berdiri, menggerakkan kita sewaktu kita bertakbir dan yang menyelesaikan kita sembahyang, dari mula sampi kepada selesai sembahyang!. Jika tidak kerana pemberian gerak dari Allah !

Setaat dan sepatuh mana pun kita dalam beribadah, jika tidak digerakkan oleh Allah Ta’ala tidaklah kita dapat mengerjakan ibadah tersebut.

Bagi yang tahu, mengerti dan bagi yang faham persoalan gerak ini, mereka akan beranggapan bahawa dirinya telah tidak berdaya dan telah tidak berupaya apa-apa, segalanya gerak dirinya telah terjual kepadaNya ( laa khaula wala khuwa tailla billah ).

Yang menggerakkan kita berdiri, rokok, sujud dan menamatkan pekerjaan solat kita itu, adalah juga gerak Allah. Perkara taat atau perkara patuh tidak boleh menyelesaikan ibadah sembahyang kita, melainkan kuasa dan kudrat dari Allah Ta’ala jua. Setaat mana dan sepatuh mana pun kita, jika tidak digerakkan oleh Allah Ta’ala, siaplah kita!.

Sekiranya kits tahu menilai betapa jauhnya kudrat dan irodat Allah diatas gerak diri kita, serasanya kita akan sujud, patuh dan tunduk kepada Allah, biar sampai kepala kita terbenam dan tenggelam kedalam tanah.

Sujud kita itu, biar sampi kepada tahap menenggelamkan kepala kita kedalam tanah, jika boleh dengan tubuh badan kita sekali. Sehingga ianya tidak lagi dapat diangkat ke alam maya ini.

Sekiranya kita diberi pilihan dan dibolehkan membuat pilihan, untuk menzahirkan tanda syukur kita kepada Allah itu, kita sanggup untuk menenggelamkan diri kita, bukan sahaja setakat kepala, tetapi memasukkan sekali tubuh badan kita ke dalam tanah, biar sampi berkubur dalam tanah.

Seandainya kita boleh zahirkan tanda syukur, tanda sujud dan tanda berterima kasihnya kita kepada Allah, kita rela dan kita sanggup untuk mati pada saat ini, hari ini, detik ini dan diketika ini juga, asal saja kita tidak lagi nampak gerak yang telah Allah zahirkan dan nyatakan atas diri kita. Aku tidak mahu, aku tidak sanggup dan aku tidak rela lagi melihat dan menanggung daya kudrat mu yang terzahir atas jasadku, ya Allah.

Kau cabut, lucut, tanggal dan putuskanlah dayamu atas diriku Ya Allah. Aku tidak lagi mahu memakai pakaianmu Ya Allah. Aku mahu bebas dari kudrat dan irodat kuasa mu atas diri ku, Ya Allah. Jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan berterima kasih dengan melepaskan kudrat dan irodatmu, agar dapat ku kembalikan semula kepada Mu Ya Allah.

“Dan Aku tidak sanggup lagi menanggung cinta Mu yang teramat mendalam, agar dapat ku kembalikan semula cinta itu kepada Mu Ya Allah”

Daya gerak yang digerak, dianugerah, ditauliah dan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita itu, tidak terbawa, tertanggung dan tidak terpikul oleh kita. Serasa malu, malu yang teramat sangat malunya, untuk menanggung, memikul, membawa dan mengalas hak Allah Ta’ala. Jika dibolehkan dan jika diberikan pilihan, mahu rasanya ingin mematikan diri kita ini serta merta. Agar dengan cara itu, dapat mengembalikan rahmat dan nikmat gerak Allah kembali semula kepada Allah, termasuk nyawa kita sekali. Tapi apakan daya, segalanya dari kehendak Allah Ta’ala jua.

Jika kita berdaya untuk menzahirkan gerak sendiri, mahu rasanya aku mati ketika ini dan sekarang juga. Agar sarung pakaian Allah yang menyelimuti jasad kita ini, dapat dikembalikan semula kepadanya. Barulah beban yang selama ini tertanggung atas bahu kita, terlerai dan terbayar. Untuk itu bayarlah dengan tunai, tunai itu adalah dengan mengembalikan diri kepada Allah.

Menzahirkan tanda syukur dan tanda berterima kasih kita kepada Allah itu, bukan satu perkara mudah. Yang menjadi mudah itu pada anggota bibir, manakala lafazan perkataan syukur pada anggota hati itu, belum tentu dari hati yang ikhlas. Keikhlasan itulah yang menjadi makanan orang makrifat

Orang makrifat itu, bila menyebut nama Allah, maka lebur dan hancur terbakarlah diri zahir. Malahan yang menyebut itu juga bukan lagi dirinya. Yang boleh menyebut dan yang boleh melafazkan perkataan Allah itu, adalah hanya Allah ( setelah diri zahirnya telah lebur dan karam dalam wajah Allah )

Setelah karamnya diri kita dalam wajah Allah, maka itulah yang dimaksudkan dengan sebenar-benar mati. Sebenar-benar mati itu adalah setelah kembalinya diri kita kepada Allah (diwaktu nyawa masih terlekat di jasad). Matikan diri kita dalam kehidupan diri. Setelah diri mati dalam diri sendiri, maka timbul, zahir dan hidup kita kembali dalam alam wajah Allah. Bila kita kembali hidup dalam alam wajah Allah, di situlah kita akan menemui segala kesempurnaan dan kebesaran Allah Ta’ala.

Sebagaimana duduknya sifat salbiah dalam sifat dua puloh, sebegitulah duduknya sifat kita sebagai makhlok (hamba). Bilamana kita hayati betul-betul sifat sifat salbiah dalam sifat dua puluh, begitulah keadaan kita di alam wajah Allah.

Bila ilmu kita sudah sampi dan bilamana kita sudah duduk pada tahap mati dalam wajah Allah, kita sudah tidak lagi sanggup melihat kepada diri kita sendiri. Kita sudah tidak layak dan tidak lagi sanggup untuk terus hidup dalam dunia kepura-puraan, seumpama sekarang, hari ini. Dengan memakai sarong Allah, persalunan Allah dan tidak lagi sanggup memakai pakaian gerak Allah. Biarlah Allah sendiri yang menggerakkan seluruh anggota tubuhku.

Aku mahu telanjang, mahu tidur, dan mahu melupakan diri aku yang zahir ini. Biar aku jadi Dia dsn Dia itu aku ( Dia aku, aku Dia)
Aku mahu fana’, aku mahu boqo’ dan aku mahu karam dalam wajah Allah. Aku bukan lagi aku dan aku inilah sebenar-benar kenyaraan Allah. Aku, kita, kamu, dia dan mereka itu, semuanya bukan lagi bersifat geraknya makhlok.

Melainkan aku bukan Dia tetapi tidak lain dari Dia jua. Kita dengan Allah, bersatu tidak, bererai tiada. Allah bukan aku dan aku bukan Allah, tetapi tidak lain dari Allah jua.

Itulah maksud hidup dalam alam wajah Allah, alam fana’ alam boqo’ dan alam kesempurnaan Allah. Untuk menzahir dan menghadirkan Allah dan untuk menzahirkan tanda syukur kita kepada Allah bukan perkara mudah. bukan semudah lafazan bibir. Jika kita mampu untuk menggambarkan menzahirkan dan menyatakan yang kita ini bersyukur kepada Allah, ingin rasanya kita benamkan kepala kita kedalam tanah diketika kita sujud bersembahyang bagi menzahirkan kesyukuran kita.

Serasa tidak mahu berjalan dengan berdiri megah, jika boleh hendak berjalan dengan cara merayap seumpama ular yang tidak berkaki, bagi menggambarkan kita ini tunduk, patuh dan sujud kepada Allah. Serasa tidak layak untuk mendongak atau mengangkat kepala ke langit, jika boleh hendak ku tunduk tanpa mendongak sedikit pun ke langit.

Bersujud diketika solat, ingin ku selam benamkan muka dan kepalaku kedalam tanah, agar lebih rendah dari bumi, tanda merendah diri, tunduk, patuh dan sujud kepada Mu Ya Allah. Tuhanku Robbul ‘Alamin. Serasanya aku ini lambat mati, jika boleh mahu mati sekarang, kerana tidak sanggup menanggung nikmat yang telah engkau beri kepada diriku Ya Allah. Rinduku kepada Mu yang teramat mulia Allah. Rasanya tidak lagi dapat ku pikul nama dan asma’ Mu, afa’al atau perbuatan gerak Mu, sifat dan zat Mu Ya Allah.

Wahai sidang pembaca yang budiman sekalian, kita menyeru kepada kalian, mengakulah bahawa segala gerak itu, adalah gerak dari Allah. Yang sebenar-benar menggerakkan kita itu, adalah kuasa dari gerak Allah, yang dialirkan ke dalam tubuh kita melalui akal, iaitu melalui roh, dengan menggunakan roh (zat) Allah sendiri sedari azali. Roh dengan roh tidak ada perantara dan tidak ada hijab, bagi yang dapat menghilangkan hijab atau dinding pemisah antara roh dengan Allah, maka itulah orang yang mengenal diri dan mengenal gerak roh.

Orang yang mengenal diri, adalah orang yang mengenal gerak roh dan gerak dari Allah. Diantara roh kita dengan Allah itu, tidak ada hijab dan tidak ada tembok pemisah diantaranya. Roh dan Allah tidak bercerai dan tidak berpisah. Setelah mengenal Roh (diri), maka kenallah pula, kita kepada Allah, setelah mengenal Allah, maka mengenallah pula kita kepada gerak kudrat dan irodat Allah Ta’ala.

Cuba kitta hayati betul-betul sifat 20. Dengan terang menyatakan bahawa sifat kudrat (kuasa) dan irodat ( berkehendak ) itu sifat Allah. Sifat kita sebagai insan makhlok itu adalah tidak berupaya dan tidak berhajat! ( Laa haulawala khuwa tailla billah) Bermaknanya disini bahawa segala yang berlaku itu, adalah perlakuan Allah dan kehendak afa’al Allah Ta’ala.

TAMAT

One Comment leave one →
  1. Rumi Adam permalink
    May 12, 2015 9:13 pm

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: