Skip to content

IHSAN

June 16, 2012

IHSAN

Agama ditunjangi oleh Islam, Iman dan Ihsan. Ihsan merupakan pokok (rukun) kepada aharan Islam. Ihsan adalah sebagai pusat tempat melihat Allah kepada hamba-hambanya, yang menentukan diterima atau tidaknya amalan kita.

Ihsan adalah nilai sebuah agama, yang membezakan kita dari agama-agama lain. Amalan dari perbuatan syariat yang baik itu, belum tentu diterima Allah, jika amalan itu tidak disertai dengan nilai ruhiyah (ihsan)

Sebut sahaja tentang ibadah, semua orang akan mengaku bahawa ia beribadah kepada Allah, lebih-lebih lagi para alim ulama. Bila ditilik dengan mata kasar, kebanyakkan dari kita, diantaranya golongan yang patuh, taat dan golongan yang tekun dalam menjalankan perentah Allah. Pada masa yang sama, ramai dikalangan kita beribadah tanpa roh ibadah ( tanpa ihsan ).
Yang membezakan ibadah sebenar dengan ibadah ikut-ikutan, adalah dari nilai ruhiyahnya (ihsan), samada beribadah itu kerana Allah atau kerana keterpaksaan budaya turun menurun.

Sebagaimana contoh syariat berhijrahnya Baginda Rasulullah saw dari kota Mekah ke kota Madinah, Jika dipandang dari segi hijrah dengan mata kasar, ramai pengikut setia Baginda Nabi yang mengambil keputusan untuk berjalan seiringan bersama-sama Nabi, mengikut Baginda berhijrah. Pada masa yang sama adakah pengorbanan hijrah mereka itu, kerana Allah! Adapun Rasulullah saw melihat hijrah pengikutnya itu, dari sudut ruhiyah (ihsan). Setelah Baginda menilik melalui tilikan ihsan, ada dikalangan pengikutnya yang benar-benar berhijrah kerana Allah, manakala tidak kurang pula yang berhijrah kerana harta atau kerana kerana perempuan. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang bermaksud :-

“Barang siapa hijrahnya didasari (niat) kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya akan sampi dan diterima Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa yang hijrahnya didasari (niat) kerana kekayaan dunia yang akan didapati dan kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti (tertolak) pada apa yang ia hijrah padanya”

Begitu juga dalam amalan bersolat, niat atau ihsan dalam mengerjakan pekerjaan solat itulah yang dipandang Allah, bukan pekerjaan atau perbuatan solat mengikut syarak yang dibuat-buat melalui budaya ikut-ikutan turun menurun. Bukan taat dan patuh yang Allah pandang, Allah melihat atas keikhlasan hati kita (ihsan)

Firman Allah :-

107.Surah Al-Mā`ūn (Verse 4)
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan
ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –

107.Surah Al-Mā`ūn (Verse 5)
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

107.Surah Al-Mā`ūn (Verse 6)
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

Hadis dan firman di atas, adalah bagi menggambarkan dan menunjukkan betapa pentingnya dan perlunya perkara ihsan didalam beribadah kepada Allah. Persoalannya beramai-ramaikah dikalangan kita yang terdorong oleh perasaan itu dalam perkara ini?. Baik dalam solat mahupun dalam kehidupan seharian! Secaea mata kasar, kelihatannya mereka itu seperti berhijrah dan bersolat kerana Allah. Akan tetapi bila dilihat dari sudut rubbubiyah, sudut batin atau dari sudut ihsan, ternyata ramai dikalangan kita yang tersasar jauh dari matlamat dan tujuan asal. Diantaranya ada yang diganggu oleh perasaan riak, ingin dipandang, dupuji, dipuja oleh masyarakat ramai. Tidak kurang pula yang bertujuan bagi mendapat ganjaran pahala atau balasan surga Allah ( bukannya kerana Allah atau ihsan)

Ibadah yang tidak disertai ihsan kepada Allah, ianya tidak mendapat tempat di sisi Allah. Ibadah yang tidak disertai ihsan itu, adalah ibadah yang jauh dari iman. Bilamana jauh dari iman, bererti ibadahnya sia-sia kecuali mendapat lelah dan penat semata-mata. Ihsan itu adalah ibadah tertinggi yang menyentuh rasa dan yang disertai rohani. Ihsan adalah ibadah yang bukan lagi dikerjakan oleh diri zahir, sesungguhnya yang mengerjakan ibadah ihsan itu, adalah diri rohani. Ihsan itu adalah tahap yang didatangi suatu rasa (dudatangi suatu perasaan). Perasaan dan rasa yang segala pekerjaan ditengah-tengah kehidupan masyarakat seharian itu. Baik pekerjaan ibadah mahupun pekerjaan harian, sehingga ianya dapat menghadirkan Allah ta’ala bersama dan besertanya.

Sehingga tidak lagi dapat dibezakan diantara pekerjaan ibadah yang dikerjakan itu, datang dari dirinya sendiri atau datangnya terus dari ihsan Allah. Mengikut tafsiran syarak, ihsan itu seolah-olah kita melihat Allah, jika kita tidak boleh menghadirkan pandangan Allah melihat kita, anggaplah kita melihat Allah.

“Mengikut tafsiran makrifat, pengertian ihsan itu, apabila Allah nyata pada diri kita, jika kita tidak dapat untuk menyatakan Allah pada diri kita, sesungguhnya diri kita itulah yang menyatakan Allah”

Tafsiran ihsan itu, bukan dengan cara menunggu kenyataan arau kehadiran Allah keatas diri. Ihsan menurut pandangan ilmu makrifat itu adalah apabila kita dapat menyata dan menghadirkan Allah beserta kita. Allah tidak perlu mendatangi atau memperzahirkan kita, sesungguhnya kitalah yang mendatangi Allah. Allah itu tidak perlu dipanggil untuk menghampiri atau mendatangi kita, sesungguhnya kitalah yang mendatangi Allah Ta’ala. Allah tidak perlu tunggu dipanggil untuk mendekati kita. Allah itu sememangnya sedia ada berserta dan bersama kita sebilang waktu dan tempat.

Untuk mencapai amalan ihsan, tidak dengan caea menjemput Allah mebdatangi hati atau mebghadirkan Allah kedalam ibadah atau kedalam hati. Allah itu tidak perlu dipujuk supaya mendatangi atau mendekati kita.

Cara atau kaedah ihsan itu, bukan Allah melihat kita dan kita pula bukan melihat Allah, ihsan itu sesungguhnya, apabila kita bersama dan berserta Allah (dengan Allah, bersama Allah, dan beserta Allah) itulah ihsan. Seumpama kisah nabi Musa melihat wajah Allah melalui bukit Tursina. Seandainya Nabi Musa masih dapat melihat Bukit Tursina sebagaimana sifat asalnya, nescaya Allah tidak akan dapat dilihat. Bilamana penglihatan Nabi Musa tidak lagi melihat bukit Tursina sebagai bukit lagi, disitulah wajah Allah mengambil tempat, Bila saja wajah Allah telah mengambil tempat, wajah bukit dan sekaliannya tidak lagi kelihatan. Disitulah wajah Allah telah mengatasi segala wajah-wajah yang lain selainnya. Inilah yang dikatakan ihsan ( Jika kita tidak dapat untuk menyatakan Allah, sesungguh Allah nyata atas kita )

Bilamana wajah makhlok Bukit Tursina telah lebur dalam pandangan Nabi Musa, maka disitulah wajah Allah mengambil tempat. Setelah wajah Allah mengambil tempat pada pandangan Nabi Musa, disitilah Baginda Nabi Musa tidak lagi dapat memandang wajah yang lain selain wajah Allah. Itulah yang dikatakan tahap ihsan.

Setelah kita faham dan mengerti apakah itu konsep ihsan melalui kisah Nabi Allah Musa, maka dengan berpandukan konsep itu, kita bawakannya pula kedalam kaedah cara-cara bagaimana untuk kita mencapai tahap ihsan dalam sembahyang. Ihsan itu bukan sahaja diketika sembahyang, jika boleh biarlah konsep ihsan itu, diguna pakai dalam segala amal. Ihsan dalam bersyahdah, puasa, zakat, haji, sedekah dan ihsan itu hendaklah juga dalam sebarang amalan.

Dengan konsep ihsan, sebagaimana ihsannya Nabi Allah Musa diketika melihat wajah Allah pada Bukit Tursina, sebegitulah kaedah rasa didalam sebarang ibadah. Kaedah bagi mencapai ihsan dalam ibadah itu, adalah dengan cara melebur, fana’, dan membinasakan sekalian yang ada, lebur dan binasa itu biarlah sampi kepada tahap hanya wajah Allah sahaja yang terpandang dan terlihat oleh mata hati pada sekalian Alam.

Untuk membinasakan alam dan membinasakan pandangan mata pada sekalian alam itu, ikut dan contohilah kisah Nabi Musa. Sebagaimana leburnya Bukit Tursina pada pandanga Nabi Musa, sebegitulah hendaknya kita leburkan alam ini pada pandangan kita. Setelah segalanya lebur pada pandangan hati, disitu barulah kita dapat lihat dan dapat kita pandang wajah Allah melaluinya dengan nyata lagi terang. Terang, nyata dan jelasnya wajah Allah itu, lebih terang dan lebih jelas dari cahaya matahari disiang hari. Wajah Allah itu, lebih terang dari penglihatan mata itu sendiri.

Mata sekadar melihat, manakala yang dilihat itu pula, kadabg-kadang kita sendiri pun tak faham. Tetapi jika penglihatan yang melihat, yang pasti dilihatnya itu adalah Allah,pun kita sendiri kadang-kadang tiada tiada penglihatan kerana yang melihat itu pun juga Dia, Melihat wajah alam dengan menggunakan penglihatan biji mata, sedangkan untuk melihat wajah Allah itu, cukup hanya dengan sekadar melihat alam, kerana alam itu sendiri adalah wajah Allah. Itulah yang dikatakan bahawa Allah itu, dapat dilihat dan dipandang sekalipun tanpa biji mata. Tanpa biji mata sekalipun, Allah akan dapat dipandang melalui alam. Inilah ihsan dan inilah maksud dan pengertian ihsan yang sebenar. Sesunggihnya teramat kurang orang yang mengerti perkara ini, dikeranakan buta mata hati

Firman Allah :-

7.Surah Al-‘A`rāf (Verse 179)
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَاۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengan nya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hayatilah kisah Nabi Allah Musa itu dengan cermat, dengan berpandukan konsep itu, kita bawanya kedalam amalan ibadah sembahyang dan amalan-amalan ibadah yang selebihnya. Itulah ihsan. Dari konsep ihsan itulah lahir takwa (takut kepada Allah). Ihsan itu adalah ibadah yang menyentuh rasa (getaran yang menyentuh rohani).

Hasil dari perkara ihsan itulah akan terzahirnya perkara takwa, tawakal, zuhud, ikhlas dan zuk. Pada kebanyakkan orang, hal ini dikira khayalan akal atau ilusi para-para pejuang makrifat, sebagai penyedap kata. Sedangkan hal ini benar-benar dan akan berlaku dan akan terjadi kepada sesiapa sesiapa yang mencapai tahap makrifat.

Keyakinan di dalam dada orang-orang beriman bukannya boleh dibuat-buat. Keimanan hati pada mereka yang yakin kepada Allah itu, bukan ilusi atau lintasan Akal. Iman yang sampi kepada tahap hakkul yakin pasti akan datang dan pasti akan sampi kepada mereka yang di kehendaki Allah Ta’ala. Rasa zuk makrifat kepada Allah bukan sahaja dimiliki atau terletak pada para Nabi atau para-para sahabat sahaja, orang biasa seumpama kita pun boleh mendapat rasa sebagai mana mereka-mereka terdahulu. Rasa beriman kepada Allah secara ihsan itu terletak ditangan Allah, bukannya terletak ditangan ketaatan ibadah makhlok. Ihsan itu hak Allah, bagi yang sampi kepada Allah, maka akan sampilah pula ia ketahap ihsan.

Bilamana orang itu telah dikatakan sampi jepada tahap ihsan, dengan sendurinya perubahan ketara pada gerak laku dan tingkah bicaranya akan terjadi. Rasa beriman dengan kadar ihsan itu dengan sendirinya akan terjana melalui kehidupan seharian kita. Cara kehidupan seharian kita akan berubah secara ketara yang dapat dilihat perubahannya oleh kita sendiri dan oleh mata masyarakat ramai disekelilung kita. Bilamana ihsan telah memenuhi ruang hati, dengan sendirinya sikap peribadi kita juga akan dengan sendirinya turut berubah.

Jika asalnya diri kita selalu bersikap kasar atau panas baran, akan bertukar keoada sikap lemah lembut dan bwrsopan santun. Mulanya bersifat bakhil dan dengki khianat kepada orang lain akan bertukar kepada sikap murah hati, ramah, suka menolong dan suka bersedekah.

Bilamana melihat makhlok binatang sekali pun, hatinya turut terasa belas kasihan, apa lagi kepada makhlok manysia. Gaya percakapannya, gaya bergaul dengan anak isteri, cara bertegur sapa dengan jiran tetangga juga akan turut berubah.

Sifat-sifat seumpama itu bukannya datang secara sendiri, datangnya sifat sedemikian adalah hasil dari ihsan yang dicampakkan Allah kedalam hati mereka-mereka yang mengenal Allah. Barulah hidup kita beroleh harmoni, aman, damai, tenang, tidak resah, sejuk hati, tidak panas baran, tolong menolong, menyayangi dan hidup dengan penuh kasih mengasihi.

Beramal, beriman, beribadah dan hidup secara ihsan itu mengajar kita berbudi bahasa. Budi bahasa dan berhati luhur itu akan datang setelah kita sedar yang diri kita ini tidak memiliki apa-apa selain yang diberi Allah dan milik Allah. Bila kita sedar yang diri kita milik Allah, bermakna kita tidak memiliki apa-apa dan tidak punya apa-apa. Untuk apa lagi bermegah-megah dengan kekayaan, kekuatan, kesombongan, pangkat, gelaran, pujian dan sebagainya.

Semua itu telah menjadi milik Allah, itulah databgnya sifat rendah diri, bila sifat perasaan rendah diri itu telah menemani dan mendatangi kita, disitulah sifat-sifat terpuji mengambil tempat sebagaimana ihsan para ulamak dahulu. Bilamana sampinya kita kepada tahap ini, itulah yang menjadikan kelopak mata kita selalu bergenang air mata.

Bila kita beriman, beribadah, bergaul dan bermasyarakat dengan kaedah ihsan, hati kita akan jadi sejuk, damai dan hidup kita penuh dengan berserah dan bertawakal kepada Allah. Dari itulah makanya akan lahirlah ketakwaan, kepatuhan, keta’atan, kurang berbohong, jurang menipu, kurang bertengkar, kurang berhutang, kurang meminjam, kurang perkara-perkara mungkar dan sebagainya. Dari itu juga akan berkurang pula perasaan resah hati, kemurungan, patah semangat, kurang berusaha, kurang gelisah dan akan berkuranglah pula kegiatan maksiat.

Bila kita telah sampai kepada tahap ihsan, nantinya segala gerak kerja atau tingkah laku kita akan dituntun Allah. Allah sendiri yang akan menjaga dan membimbing kita dari perbuatan yang tidak diredhainya.

Sekali lagi dinyatakan bahawa ihsan itu bilamana kita dapat menyatakan Allah dalam kehidupan harian. Sekalipun kita tidak dapat menerima kenyataan, Allah nyata dalam kehidupan kita. Marilah kita menerima hakikat bahawa sesungguhnya diri kita sebenarnya telah pun menyatakan Allah Ta’ala, Sebenarnya Allah itu telah nyata, terang, terzahir, terpamir dan telah terjelas dihadapan mata. Kerana sifat mata, sifat melihat (basor), dan sifat penglihatan (basirun) itu sendiri adalah Allah.

CARILAH DISANA !!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: