Skip to content

Allah tidak Terhijab

October 8, 2013

Allah tidak Terhijab

Sebenar-benar solat itu adalah menyatakan Allah.

Allah itu teramat nyata, tiada sesuatu yang menghijab diantara kita dengan Allah kecuali sifat keakuan diri kita sendiri…

Sifat keakuan diri inilah yang dinyatakan oleh nabi Muhammad sebagai hawa nafsu yang disampaikan kepada kita semua dengan perintah untuk mengadakan perang dengannya kerana perang dengan hawa nafsu sendiri adalah merupakan satu peperangan yang paling besar dan paling utama dari berperang dengan musuh islam yang diluar diri sendiri…

Allah tidak terhijap oleh sesuatu, Allah tidak terlindung oleh sesuatu, Allah itu terlalu nyata, walaupun Allah tidak terhijab, Allah tidak terlindung, Allah terlalu nyata, keakuan diri kita ( hawa nafsu kita) telah kita jadikan hijab untuk kita memandang Allah, keakuan diri kita telah kita bina sebagai dinding antara kita dengan Allah.

Untuk menyatakan Allah ( solat) hendaklah kita hapuskan hijab yang kita bina diantara kita dengan Allah dengan cara melakukan perang secara besar-besaran, secara menyeluruh dan secara drastik…

Solat 5 waktu sehari semalam yang diterima oleh Nabi Muhammad saw secara terus dari Allah adalah satu module yang Allah perkenalkan untuk kita jadikan latihan bagi mencapai solatud daim…

Oleh kerana kita belum lagi dapat mencapai kepada solatuddaim ( sentiasa menyatakan Allah yang sememengnya telah terang nyata), disebabkan kerana manusia dianugerahlan sifat lalai maka Allah sendiri menjemput rasulnya untuk diberikan module teori dan praktikal untuk kita jadikan latihan untuk mencapai kepada tahap solatuddaim…

Prosedur atau tatacara bagaimana kita nak mengesakan Allah dengan mengekang hawa nafsu sendiri yang terdapat didalam solat 5 waktu itu tidak terhad hanya didalam ritual solat 5 waktu sahaja.. Ianya boleh dibawa dan diterapkan didalam kehidupan seharian kita sehingga tercapainya kepada solatud daim..

Solat 5 waktu bukan sahaja merupakan perilaku badan jasad sahaja, malah merupakan satu module keseluruhan ( badan, nyawa, roh dan rahsia)..

Cuba sama-sama kita kembali kepada seruan awal agama mengenal Allah, inilah sunatullah yang pertama sekali yang perlu kita patuhi… Perlu kita lakukan dengan mengadakan perang dengan sifat keakuan diri kita (hawa nafsu),

Rukun Islam adalah sunatul rasul yang menjadi tunjang kepada Islam, perlu kita ingat sebelum kita mengenal Allah kita tidak akan dapat menunaikan sunatu rasul secara sempurna..

Contoh :-
Didalam menunaikan rukun islam yang pertama, jika kita tidak mengenal Allah terlebih dahulu, perlaksanaan dua kalimah syahadah tidak dapat disempurnakan seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya…

Untuk mencapai kepada solatud daim, untuk menerima Quran qodim dari Allah hendaklah terlebih dahulu kita mengenal Allah dengan sebenar kenal…

Mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal adalah merupakan biji benih yang akan membina akar tunjang ( tauhid -usuluddin) dan menumbuhkan sebatang pokok (tasauf – budi pekerti yang elok dan baik) dan membina ranting-ranting ( fekah ) yang rendang kepada sebatang pokok yang dipanggil islam…..

Bermula dengan mengenal Allah barulah setiap diri insan boleh memulakan hidup sebagai individu islam yang akan berpegang kepada fekah, usuluddin dan tasauf tanpa diasing-asingkan lagi kerana ianya terbit dari biji benih yang sama iaitu mengenal Allah.

Kita tidak disuruh membezakan diantara bagaimana golongan syariat beramal, bagaimana orang tarikat beramal, bagaimana orang hakikat beramal, bagaimana orang makrifat beramal….

Dengan berasaskan kepada auwaluddin makrifatullah setiap insan itu dari mengenal Allah ( beramal dengan bermakrifatullah), akan diperkenalkan oleh Allah kepada hakikat sesuatu ( seperti Allah mengajarkan segala nama kepada adam – yang tidak diketahui oleh makhlok lain), setelah itu dizahirkanlah segala rahsia makrifatullah dan hakikat segala sesuatu kepada batang tubuh ( syariat ) setiap insan melalui jalan (tarikat) yang telah tersedia ada pada badan diri setiap insan….

Sebenarnya perjalanan kita untuk melaksanakan kesempurnaan Islam adalah bermula dengan mengenal Allah, apabila kita mengenal Allah, kita akan dianugerahkan dengan ilmu hakikat segala sesuatu selain dari Allah, ( hakikat segala sesuatu selain dari Allah ialah untuk menyatakan wujud Allah, dengan erti yang sebenar-benarnya sesuatu selain dari Allah hakikatnya tidak ada,),

“Pada diri kamu dan pada sekalian ufuk alam terdapat tanda-tanda kewujudan Allah” lihatlah tanda-tanda itu untuk kita menyatakan wujud Allah dengan mengekang segala tanda (zat, sifat, nama dan perbuatan Allah) yang ada pada diri dan selain dari Allah,

Usaha kita yang dilaksanakan melalui kaedah ( laakhaulawala khuwarailla billah) ini menunjukkan kita mula bertarikat,

Dalam kita bertarikat, lama-lama kelamaan dengan anugerah dari Allah diri kita telah dapat capai keperingkat suci dari sifat keakuan, Apabila diri sudah suci dari sifat keakuan diri, maka diri itu telah terserah sepenuhnya kepada Allah…

Dengan terserahnya diri sepenuhnya kepada Allah, bermulalah era keislaman (menyerah diri secara total kepada Allah) seseorang itu… Ternyatalah kesan-kesan penyerahan ini kepada tubuh badan individu islam didalam bentuk syariat seperti yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasulnya….

Selagi hayat dikandung badan setiap individu islam akan terus menjalani jalan (bertarikat), (sentiasa mengesakan Allah dengan jalan yang telah dianugerahkan pada badan dirinya sendiri, dengan jalan yang telah ditemui pada badan dirinya sendiri, yang sebenarnya telah lama disediakan oleh Allah kepada setiap individu, sejak dari azali lagi, tetapi selama ini tidak disedari oleh kita sebab dihijab oleh nafsu sendiri)

Setelah kewujudan diri dan selain dari Allah telah dapat dikekang dari diri sendiri, setiap diri ini berada didalam keadaan sentiasa berserah diri kepada Allah ( inilah keadaan individu islam sebenar).

Setiap individu islam ini akan terus berjalan diatas jalan yang dia telah dapat dari Allah sendiri (bertarikat), inilah jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang diberi rahmat, bukan jalan orang-orang dimurkai….

Individu-individu islam ini yang sentiasa mengesakan Allah, yang sentiasa menyatakan Allah, akan terus menyatakan Allah tanpa putus… Dengan menjalani jalan yang telah dianugerahkan kepadanya…. Ia akan dibimbing oleh Allah dan rasulnya melalui (Quran Qodim)…

Insan ini akan mengalami peningkatan dari islam, iman, ihsan, sufi sehingga keperingkat Waliyullah ( seterusnya dari peringkat wali akan dianugerahkan dengan peringkat nabi dan rasul tetapi setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, anugerah ini telah dibekukan oleh Allah) dengan dipimpin oleh Allah dan rasulnya kerana ia sudah tidak ada diri lagi ( kemana sahaja ia mengadap ternampak Allah)..

Bermula dengan ilmu mengenal Allah ( hanya tahu tetapi tidak merasai sendiri), kita berusaha (dengan mengaplikasikan lakhaulawala khuwatailla billah), untuk mengekang sifat Allah yang melekat pada diri kita (sehingga ternyatalah hakikat sebenar selain dari Allah iaitu tidak ada, dan ternyata hakikat sebenar Allah iaitu dia sahaja yang ada).

Perjalanan mengekang atau berperang dengan hawa nafsu sendiri ini sehinggalah hilang diri, sehingga diri sudah tidak ada lagi.
Inilah tarikat atau jalan mengenal diri yang didahului dengan “barang siapa mengenal dirinya”

Perjalanan untuk mengekalkan kewujudan Allah dan ketiadaan diri dan selain dari Allah ini, yang diteruskan sehingga kembali kerahmatullah inilah jalan mengenal Allah, yang sedang menerangkan makna “kenallah ia akan Tuhannya”..

ini adalah pengilmiahan
Ilmu, mengilmiahkan salah satu perjalanan yang boleh dilalui untuk mencapai sehingga mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal..

Tetapi bagaimanakah kita nak memulakan perjalanan ini, apakah bekalan yang perlu kita bawa? sehingga benar-benar bertemu dengan Allah….

Saya rasa semua kita telah pun mengenal Allah pada ilmu, ( maaf kepada yang sudah kenal sebenar kenal),

Pernahkah kita berusaha dengan mengaplikasi ( lakhaulawala khuwatailla billah ), untuk mengenali diri kita yang dikatakan oleh Allah pada diri kamu dinyatakan kenyataan wujudnya itu, diakhir makna dari penjelasan firman Allah ini membawa kepada binasanya diri dan selain dari Allah ( fanafillah )

Kenyataan ini akan dapat dirasai dengan cara kita mengistiharkan perang secara besar-besaran dengan hawa nafsu kita sendiri…

Jika kita tidak melakukan perang bagaimana kita nak dikatakan telah menang, ?

Berbekalkan ilmu mengenal Allah yang kita telah pelajari selama ini mulakanlah perjalanan kita menelusuri dari dalam diri kita sendiri, jangan keluar dari diri sendiri ( kerana diluar diri kita juga terdapat banyak jalan tetapi jalan diluar dari diri kita itu adalah jalan orang lain, bukan jalan yang telah ditetapkan untuk kita, jalan untuk kita adalah jalan yang telah disiapkan sejak dari Azali lagi, hanya tinggal tunggu kesadaran diri kita sendiri untuk kita tempuhi sendiri sehingga kita merasai sendiri ketiadaan diri itu, setelah dirasai sendiri akan kefakiran, kedzaifan dan kekerdilan sehingga binasa diri dan selain dari Allah, ketika inilah dikatakan “sedang mengenal diri” ( ada perbezaan rasa dari huraian pengilmiahan ini dari segi ilmu, didalam penghuraian ilmu ini dikatakan anda sedang merasakan ketiadaan diri tetapi didalam praktikal apa yang kita akan alami ialah kita sedang merasai kewujudan Allah, dalam keadaan kita sedang merasai kewujudan Allah ini, rasa kita kepada keujudan diri dan keujudan selain dari Allah akan terhakis secara automatik)…

Saudara/ i nampak tak akan ketiadaan diri dan kewujudan Allah. Kita rasa diri kita sedang menyatakan sifat-sifat Allah ( barang siapa mengenal diri, kenallah ia akan tuhannya…

( carilah dimana perkaitan cerita ini dengan ungkapan Hanya Muhammad yang mengenal Allah, setelah menemui jawapannya, teruskan perjalanan ( bertarikat diatas jalan pada diri sendiri sehingga mencapai kefahaman dan merasai sendiri apa yang diungkapkan oleh ramai kita disini iaitu ‘Ariftu robbi bi robbi- kita akan rasa sendiri akan keadaan ini iaitu Allah sedang mengenali Allah kerana kita pada ketika ini sydah bukan kita lagi…

Apakah sebenarnya penyerahan total itu ?

Penyerahan total dimana kesadaran kita telah sampai kepada kita sedang menyedari akan tanda-tanda kewujudan Allah yang ternyata kepada diri kita sendiri dan pada keseluruhan alam sebagai wujud Allah sehingga kita tidak sedar lagi kepada ujud diri kita… Inilah penyerahan total diri kepada Allah,

Pada peringkat ini memberitahu kepada kita baru bermulanya era kita mengenal diri, mengenal tuhan..

Baru nak bermula merasai dan mengenal, kerana selama ini kita baru berada pada peringkat mengetahui ilmu tentan perjalanan mengenal diri tetapi belum pun mula berjalan, belum pun mula bertarikat…

One Comment leave one →
  1. shahri sutan permalink
    February 3, 2014 7:15 am

    bismillah salam trima kasih atas posting Tuan, mohon izin untuk copy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: