Skip to content

PUJI HAMBA KEPADA TUHAN PUJI TUHAN KEPADA HAMBA

March 4, 2014

PUJI HAMBA KEPADA TUHAN PUJI TUHAN KEPADA HAMBA

Laa ilaha illallah – penyerahan hamba kepada Allah sehingga kembali merasai ada Allah yang sedang dirasai itu adalah sedang dirasai sebagai Ada Allah..

Bagaimana kah penyerahan yang dikatakan tidak ada daya nak melakukan kebaikan dan upaya nak menjauhkan kejahatan melainkan dengan daya dan upaya Allah sendiri.. ( Laa khaulawala khuwatailla billah….. Yul ‘a dzim)

Tidak ada daya kita nak mengaku yang ada Allah itu ada Allah dan tidak ada upaya kita nak menghilangkan sangkaan dan anggapan yang ada Allah itu kita sendiri melainkan dengan dan upaya Allah sendiri…

Muhammadar Rasulullah adalah pengakuan yang diterima daripada Allah oleh seseorang yang telah melakukan pengakuan yang Allah itu Allah (kembali merasakan ada Allah sebagai ada Allah dengan cara Tidak ada daya kita nak mengaku yang ada Allah itu ada Allah dan tidak ada upaya kita nak menghilangkan sangkaan dan anggapan yang ada Allah itu kita sendiri melainkan dengan dan upaya Allah sendiri…)

Yang akan dianugerahkan dengan sifat Dan akhlak Muhammad (sidiq, amanah, tabliq dan amanah)

Sifat dan akhlak Muhammad seperti sidiq, amanah tabliq dan fatonah tidak boleh ditiru-tiru. Ia adalah anugerah dari Allah kepada mereka yang sentiasa mrngesakan Allah

Ia adalah satu pengiktirafan dan anugerah dari Allah sendiri..

Pengiktirafan kepada mereka-mereka yang telahpun kembali mengaku dan merasakan yang Allah itu adalah Allah…. Sehingga hilang anggapan dan sangkaan wujud diri sendiri dan wujud selain dari Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Sebutlah nama Allah sambil hati, jiwa, rasa dan perasaan sedang menjiwai dan merasakan Ujud Allah…

ujud yang mana yang hendak dirasai sebagai Ujud Allah?

Ya… Ujud yang sedang dirasai sekarang ini..

Selama ini ada itu sedang dirasai sebagai ada diri sendiri.. ( yang ada hanya Allah, selain dari Allah tidak ada)…

Untuk kembali merasakan Ujud Allah berpraktikallah seperti dibawah :-

Sebutlah nama Allah sambil, hati, jiwa rasa dan perasaan sedang menjiwai dan merasakan Ujud yang dirasai itu kembali dirasai sebagai Ujud Allah, sehingga tidak lagi ada didalam hari, didalam jiwa dan didalam rasa dan perasaan merasakan wujud diri dan wujud selain dari Allah kerana sedang merasakan Ujud Allah…

Lakukan praktikal ini sehingga diberi faham zikir yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata…

2 Comments leave one →
  1. hamdi bin ahmad permalink
    March 22, 2014 1:43 pm

    assalamualaika ustaz… saya mengikuti blog2 ustaz di blog tok kenali.. sy punya persoalan.. ketika sy solat maghrib tadi (bukan bermaksud mahu mengatakan yg sy solat) ketika habis solat.. sy pun membaca doa.. pada part doa sy dalam bahasa melayu.. tiba2 sy terdiam ketika doa.. begini doa ny.. ya allah ya tuhanku.. kau berikanlah limpah rezeki kepada ku.. terus sy terdiam.. kerana apa.. kerana pada saat itu saya menyebut perkataan aku di hujung doa.. sedangkan aku itu sudah tidak ada.. sy jadi bingung.. bagaimana ya ustaz.. hendak menukar doa dlm bahasa melayu yg ada perkataan aku.. soalny.. apabila menyebut perkataan aku.. ada semacam perasaan yg lain ustaz.. susah sy nk terangkan.. tapi boleh membuat sy terdiam.. kau berikanlah kesihatan kepada kedua ibu bapa ku… mcm mana sy mau mengucapkan doa ini.. sedangkan aku tidak punya apa2.. apa perkataan bgs untuk menggantikan perkataan itu ya ustaz.. di harap dapat membantu.. kerna tidak tahu siapa lagi tempat bertanya… trima kasih.. menunggu jawapan..

    • March 22, 2014 2:10 pm

      Tetaplah berdoa seperti biasa tetapi hendaklah beriktikad dengan iktikad tauhid semasa berdoa ( sehingga sampai kepada Allah sedang menyedari Ujud Allah)

      Supaya tidak termasuk seperti didalam firman Allah….

      21.Surah Al-‘Anbyā’ (Verse 29)
      وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

      Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

      TETAPI TETAP DAN SAMPAI IKTIKAD KEPADA SEPERTI YANG DIFIRMANKAN OLEH ALLAH DIDALAM 20.Surah Ţāhā (Verse 14)
      إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

      “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: