Skip to content

TIADA NYATA HANYA ALLAH

April 10, 2014

“LAA ILAHA ILLALLAH” – ada bukan sifat selain dari Allah, Ada adalah sifat hanya milik Allah.

Yang ada hanya Allah, selain dari Allah, tiada.

Orang yang belajar sedar dan mengetahui tentang hal dan perkara ini… Pada ilmu kita semua sudah sampai kepada kefahaman ini. Hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat ada iaitu ada itu adalah Esa, maknanya hanya sanya yang bersifat ada itu hanyalah Allah…..

Cuba sama-sama menyelami kedalam kehidupan seharian, selami kedalam rasa perasaan yang sedang merasai sifat ada yang hanya milik Allah sahaja..

Setelah masing-masing merasai sifat ada yang sedang dirasai didalam kehidupan seharian, adakah sifat ada yang sedang dirasai itu telah dirasai atau telah diakui sebagai sifat ada Allah?

ATAU SIFAT ADA ITU SEDANG DIRASAI, DIJIWAI ATAU DIAKUI SEBAGAI SIFAT ADA DIRI KITA SENDIRI…..

JIKA SIFAT ADA YANG SEDANG DIRASAI ITU TELAH DIRASAI ATAU TELAH DIAKUI SEBAGAI ADA DIRI KITA SENDIRI, BAGAIMANAKAH DENGAN ILMU YANG TELAH DIKETAHUI IAITU “LAA ILAHA ILLALLAH – TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH, ADA ADALAH BUKAN SIFAT SELAIN DARI ALLAH, ADA ADALAH SIFAT HANYA MILIK ALLAH SAHAJA”

Pada pengetahuan telah pun tahu, telapi apabila sampai masa menjalani kehidupan seharian, sifat ada yang sedang dirasai itu sedang dirasai dan sedang diakui sebagai sifat ada diri kita sendiri bukan sedang dirasai dan diakui sebagai sifat ada Allah….

TIDAK KAH APA YANG SEDANG DIRASAI DAN DIAKUI DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN BERTENTANGAN DENGAN APA YANG TELAH DIPELAJARI DAN YANG TELAH DIKETAHUI MELALUI ILMU PENGETAHUAN..

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU KONFLIK DIANTARA APA YANG SEDANG DIRASAI DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG TELAH DIPELAJARI DAN KETAHUI SELAMA INI.

APABILA BELAJAR SEMUA ORANG MENGETAHUI BAHAWA SIFAT ADA ADALAH SATU-SATUNYA SIFAT MILIK ALLAH YANG MAHA ESA, TIDAK ADA LAGI SELAIN DARI ALLAH YANG MEMILIKI SIFAT ADA KERANA SIFAT ADA ITU ESA DAN SIFAT ADA HANYA SANYA MILIK ALLAH SAHAJA, TIADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA…

JADI BAGAIMANA HENDAK MENGHADAPI KONFLIK INI…..

Pada pengetahuan sudah tahu yang Ada hanya Allah

Pada kehidupan seharian sedang merasai dan mengaku sifat ada yang sedang dirasai itu adalah sifat ada diri sendiri

Tahu yang Allah itu Ada tatapi sampai kepada rasa dan perasaan sedang merasai ada diri sendiri, tidak merasai ada Allah…

Kembali kepada ilmu pengetahuan Ada adalah sifat Allah sahaja, selain dari Allah bersifat dengan sifat tiada….

Kenapa apabila merasai sifat ada didalam kehidupan seharian sifat ada yang dirasai itu diakui sebagai sifat ada diri sendiri, tetapi tidak diakui sebagai sifat ada Allah…

Jadi sedang merasai dan mengakui sifat ada yang sedang dirasai dan sifat ada yang sedang dijiwai itu adalah sebagai ada diri sendiri, inilah yang dimaksudkan kepada hawa nafsu sendiri…

Sifat ada Allah telah dan sedang dirasai sebagai sifat ada diri sendiri itulah yang dimaksudkan kepada keakuan diri sendiri.. Dan keakuan diri sendiri inilah yang dipanggil sebagai hawa nafsu sendiri yang secara tidak disedari (tersembunyi lagi tersembunyi), telah diangkat sebagai tuhan selain dari Allah… Merasakan sifat ada yang hanya satu-satunya Milik Allah (ESA), sebagai sifat ada diri sendiri adalah perbuatan yang sedang mensyirik Allah dengan diri sendiri yang telah disangka ada.. Dan inilah hawa nafsu yang perlu diperangi seperti telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw “PERANG YANG PALING BESAR IALAH BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI – IAITU BERPERANG DENGAN PERASAAN YANG SELAMA INI TELAH MERASAI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SUPAYA KEMBALI MENGAKUI ADA YANG SEDANG DIRASAI ADALAH SIFAT ADA ALLAH YANG MAHA ESA”

Sifat ada Allah yang sedang dirasai dan diakui sebagai ada selain dari Allah adalah perbuatan yang sedang menyengutukan Allah dengan sesuatu selain dari Allah. Inilah iblis dan syaitan yang wajib dijadikan musuh…

HENDAKLAH SENTIASA MENENTANG RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAI ADA ALLAH YANG SELAMA INI TELAH DIANGGAP SEBAGAI ADA SELAIN DARI ALLAH SUPAYA KEMBALI MENGAKUI ADA YANG SEDANG DIRASAI DAN DILIHAT ADALAH ADA ALLAH”

Menentang rasa dan perasaan yang sedang merasai dan menyangka ada selain dari Allah supaya kembali mengakui yang ada hanya Allah adalah perbuatan yang sedang memusuhi iblis dan syaitan…

IBLIS DAN SYAITAN TIDAK BOLEH MENGHASUT ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENGESA DAN MENTAUHIDKAN ALLAH…..

MUHAMMAD RASULULLAH

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin…..

Hadis qudsi….. Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku…..

Sifat Allah bukan lain daripada Allah… Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad….

Sabda Nabi Muhammad saw “Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar – Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad”

“Ana Ahmad bilal mim – Aku Ahmad tanpa mim – احمد = احد

“Ana ‘arab bilal ‘ain, Aku ‘arab tanpa ‘ain عرب = رب

Allah itu zat Muhammad
Muhammad itu sifat Allah

Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku…

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.

Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Sidiq, Amanah, Tabliq dan fatonah)…

Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad – sifat Allah yang dizahirkan)…. Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam…..

Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu)…

Sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw “Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Mihammad) adalah asal kejadian segala Roh”
– Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah….)

Untuk sampai kepada mencapai kepada Muhammadar Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas)…

Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah

Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba… iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatonah) kepada hamba-hambanya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah diswriap detik dan saat….

Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa mengenal Allah….

Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah – Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah….

Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad.. Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu….

Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma’ dan perbuatanNya…

Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah….

Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, terapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.

Muhammad Rasulullah adalah pembawa ugama tauhid…

SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH (MEMPRAKTIKKAN LAA ILAHA ILLALLAH) SUPAYA DIANUGERAHKAN DENGAN MUHAMMADAR RASULULLAH)

Kerana Muhammaddar Rasulullah adalah satu anugerah bukan boleh ditiru-tiru…

Bahawa ilmu pengetahuan dengan keadaan sebenarnya amatlah jauh bezanya…

Pada ilmu sudah mengetahui tetapi pada keadaan sebenar belum lagi mencapai ketahap berkaitan kerana untuk sampai kemaksud yang dimaksudkan itu bukanlah melalui ilmu tetapi mesti melalui berperang dengan nafsu sendiri…

BAGAIMANAKAH HENDAK BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI???

CARA UNTUK MEMENGGAL PEPATONG SEMBAHANYANG TELAH DIBENTUK OLEH SANGKAAN SENDIRI…….

Merasai ada diri disamping Ujud Allah, secara tidak disedari telah menjadikan diri sangkaan ada itu sebagai tuhan selain dari Allah….

LAA ILAHA ILLALLAH – TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH…

Walaupun Kalimah tauhid telah dilafazkan dan ditasdiqkan didalam hati, tetapi didalam rasa dan perasaan masih lagi merasa ada diri, (sifat ada Allah yanh sedang diperkenalkan telah disangka sebagai wujud diri sendiri), selagi itulah Allah itu telah disekutukan dengan diri sendiri yang telah disangka ada disamping Ujud Allah…

Merasai diri sendiri dan selain dari Allah ada disamping ujud Allah, adalah satu keadaan dimana telah menyengutukan Allah dengan sesuatu..

Merasai ada diri sendiri disamping Ujud Allah telah meletakkan kita kedalam gulungan sedang menzalimi diri sendiri, iaitu gulungan musrikin, gulungan orang yang sedang menyengutukan Allah (sedang menyangka Ujud Allah yang sedang diperkenalkan ujudNya, sebagai wujud diri sendiri)..

Ada yang sedang dirasai itu sebenarnya keadaan dimana Allah sedang memperlihatkan ujudNya, sebagai tanda-tanda atau sebagai ayat-ayat yang sedang menerangkan keEsaan dan kekuasaan Allah sendiri). Tetapi sangkaan yang timbul didalam rasa dan perasaan dan pengakuan yang sedang mengakui wujud yang sedang dirasai itu adalah wujud diri sendiri, secara tidak disedari telah menjerumuskan kedalam lembah kesyirikan (syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi)…

PERSOALANNYA BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN RASA DAN PERASAAN YANG SEDANG MENYANGKA UJUD ALLAH ITU ADALAH WUJUD DIRI SENDIRI?

Allah telah berfirman didalam Al-Quran

17.Surah Al-‘Isrā’ (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Allah telah memperjelaskan bahawa didalam Al-Quran telah diterangkan terdapat pelbagai cara dan jalan-jalan untuk menetapkan iktiqod dan tauhid terhadap Allah (supaya tidak mensyirikkan Allah dengan sangkaan ada wujud diri dan selain dari Allah)

Diantara ayat Al-Quran yang secara tersiratnya telah menerangkan cara untuk mentauhidkan Allah dan menetapkan iktiqod ialah seperti firman Allah 39.Surah Az-Zumar (Verse 45)
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata. segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Itu adalah sifat orang yang syirik kepada Allah..

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Jadi untuk menjadi orang yang bertauhid kepada Allah, sebutlah Nama Allah sambil rasa perasaan, hati dan roh merasakan dan menjiwai Ada Allah..

Ada yang manakan yang nak dirasakan sebagai Ujud Allah..?

Iaitulah rasa ada yang sedang dirasai sekarang ini, “SEBUT LAH ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH …. Infiniti, SEMENTARA RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT HIDUP ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT TAHU
ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT KUASA ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT KEHENDAK ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT MELIHAT ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT MENDENGAR ALLAH”

“SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT BERKATA-KATA ALLAH”….

DENGAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH SEPERTI INI SECARA AUTOMATIK KITA SEDANG MENGAKUI BAHAWA TIADA YANG ADA TIADA YANG HIDUP TIADA YANG TAHU TIADA YANG BERKUASA TIADA YANG BERKEHENDAK TIADA YANG MELIHAT TIADA YANG MENDENGAR TIADA YANG BERKATA-KATA HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA HIDUP TAHU BERKUASA BERKEHENDAK MELIHAT MENDENGAR DAN BERKATA-KATA…

Suci kita dari sifat keakuan diri dan Mahasuci Allah dari sifat kekurangan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: