Skip to content

AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH

June 8, 2014

AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH

7.Surah Al-‘A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:

“Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

Didalam memahami firman Allah seperti ayat diatas kita perlu memahami akan maksud yang tersurat dan yang tersirat

1. Mengeluarkan anak-anak Adam dari tulang belakang mereka maksudnya didalam proses Allah ingin memperkenalkan diri dari perbendaharaannya yang tersembunyi (zatnya semata-mata), sampai kepada mertabat keempat didalam mertabat tujuh (iaitu pada alam bapa), Allah telah menyatakan dirinya didalam bentuk dan nama yang dipanggil sebagai anak Adam, lagi sekali Allah telah menerangkan kepada kita bahawa pada masa ini Allah telah pun memberi peringatan kepada anak adam itu (bahawa ada kamu itu bukanlah menunjukkan ada kamu sendiri tetapi sedarlah bahawa ada kamu itu sedang menerangkan adanya aku) didalam bentuk pertanyaan bukankah Aku ini tuhan kamu?

2. Maksud kepada soalan ini ialah fahamkah kamu bahawasanya segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada kamu itu bukan milik kamu sendiri tetapi sebenarnya segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada kamu itu hanyalah milik AKU (Allah),

3. Maka zuriat anak Adam memahami akan keadaan ini dan mengaku akan kebenaran ini dengan jawapan bahkan engkaulah tuhan kami. Dengan membawa maksud bahawa segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada zuriat Anak Adam itu adalah milik Allah sendiri, Anak Adam ini tidak memiliki apa-apa hanya sekadar menyatakan wujudnya Allah yang dipanggil sebagai tuhan..

Dalam perkara mengenal diri ini kita selalu menggunakan 4 ungkapan untuk menyelaraskan kefahaman mengikut tauhid yang sebenar iaitu

1. “Awal ugama mengenal Allah” tidak dikatakan seseorang itu berugama sebelum ia berpegang dengan iman, islam, tauhid dan makrifat… Maksud seseorang yang berugama ialah mereka-mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada 4 perkara seperti yang tersebut iaitu iman, islam, tauhid dan makrifat….

Sebelum dapat berpegang dengan ugama (iman, islam tauhid dan makrifat seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya “sesungguhnya agama yang diterima Allah hanyalah Islam” iaitu orang-orang yang sentiasa berserah diri kepada Allah (muhlisin)…

Tidaklah akan sempurna ugama seseorang jika belum lagi mengenal Allah kerana ada ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar faham iaitu “Awal ugama mengenal Allah” ungkapan ini memberi makna kepada kita sebelum kita dapat menyerahkan diri (Islam) kepada Allah, terlebih dahulu kita wajib mengenal Allah. Jika kita tidak mengenal Allah, bagaimana kita nak berserah diri secara total kepada Allah (muhlisin)..

2. Dalam hal mengenal diri, ada pula ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar-benar faham iaitu “barang siapa mengenal dirinya, kenallah akan tuhanNya, barang siapa mengenal tuhannya, binasalah jasadnya”

3. Disamping itu ada juga ungkapan yang selalu digunakan oleh pera ‘Arifibillah dari dulu sehingga kehari ini iaitu “Mautu Khobla anta mautu -matikan diri kamu sebelum mati”

4. Untuk kesempurnaan faham kepada mengenal tuhan kita tidak boleh tinggal kepada ungkapan “Ariftu robbi bi robbi” Aku kenal tuhanku dengan tuhan ku supaya fahaman kita tidak bercampur dengan syirik yang tersembunyi, supaya tidak terlahir didalam fahaman dan pegangan kita bahawa diri kita yang mengenal Allah, kerana sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengenal Allah.

Setelah dapat memahami dari segi ilmu yang sepatutnya difahami dengan sewajarnya dari bimbingan seseorang yang telah dapat menyelami segala makna ketiga-tiga ungkapan diatas melalui perjalanan kerohanian mereka…

Setiap seorang dari individu itu juga wajib menjalani perjalanan kerohanian mereka sendiri, setelah dapat menjalani perjalanan kerohanian dan dapat merasai sendiri seperti apa yang diperkatakan oleh ketiga tiga ungkapan itu secara terus tanpa ada lagi perbezaan diantara ucapan kita dengan pegangan kita..

Contoh kita kata “Laa ilaha illallah” Tiada Nyata hanya Allah , kita juga betul-betul dapat merasai keadaan Tiada Nyata hanya Allah pada badan diri sendiri dan pada sekalian alam ini..

Tidaklah sesuatu kebenaran itu ternyata kebenarannya selagi badan diri kita belum lagi dapat merasai sendiri akan keadaan itu..

Kepada para sahabat semua, laluillah sendiri jalan yang lurus yang telah tersedia ada pada setiap badan diri kita sendiri dan rasailah sendiri, itu adalah sebaik-baiknya…

RENUNGAN BERSAMA

Larangan Allah

Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu

Jangan jadikan hawa nafsu sebagai tuhan

Jangan katakan aku tuhan selain dari Allah

6.Surah Al-‘An`ām (Verse 19)
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةًۖ قُلِ اللَّهُۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰۚ قُل لَّا أَشْهَدُۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?”

(Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?”

Katakanlah:
“Aku tidak mengakuinya”. Katakanlah lagi: “Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)”.

ADAKAH SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT-SIFAT TUHAN (ALLAH)…

HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT TUHAN..

DICIPTAKAN SEGALA MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, DAN PADA CIPTAAN MAKHLOK DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT TUHAN UNTUK MENYATAKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN,

KENYATAAN SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI DAN TANDA-TANDA KEESAAN ALLAH, UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH, BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH..

SETELAH DINYATAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT KETUHANAN ITU BUKANLAH SIFAT-SIFAT MAKHLOK YANG DICIPTAKAN ITU TETAPI SIFAT KETUHANAN YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI ATAU TANDA ATAU AYAT-AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG KEESAAN ALLAH BUKAN UNTUK DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ALLAH

(MAKSUDNYA SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU TETAP SIFAT ALLAH, BUKAN BERTUKAR MENJADI SIFAT MAKHLOK, KERANA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SEGALA SESUATU CIPTAANNYA..

MAKNANYA SETELAH DICIPTAKAN MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP BERSIFAT DENGAN SIFAT ASLINYA IAITU TIADA, MATI, BODOH, LEMAH, BENCI, BUTA, TULI, BISU DAN LAIN-LAIN..

KERANA SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG DIZAHIRKAN KEPADA MAKHLOK ITU ADALAH SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH (BUKAN UNTUK DIMILIKI OLEH MAKHLOK)..

JADI SIFAT ALLAH TETAP DENGAN SIFAT ALLAH WALAUPUN DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK KERANA DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK SEBAGAI TANDA DAN KENYATAAN KENYATAAN SIFAT-SIFAT ALLAH… BUKAN MENJADI SIFAT MAKHLOK ITU SENDIRI (BUKAN UNTUK MENJADI SEKUTU KEPADA ALLAH)

JIKA KITA BERPEGANG SETELAH DINYATAKAN SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU MENJADI SIFAT MAKHLOK SECARA TIDAK DISEDARI (TERAMAT TERSEMBUNYI) KITA TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK CIPTAANNYA..

MERASAKAN ADA MAKHLOK DISAMPING ADA ALLAH SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK..

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, SEGALA SIFAT TUHAN YANG SEDANG DIRASA AKAN DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI,

DIDALAM ILMU TAUHID MENGATAKAN ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SESUATU SELAIN DARI ALLAH…

OLEH KERANA KITA SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH (YANG SEDANG DINYATAKAN UNTUK MEMBUKTIKAN SIFAT ADA ALLAH), SEBAGAI SIFAT ADA DIRI SENDIRI,

SECARA AUTOMATIK AKAN TIMBUL DIDALAM AKAL FIKIRAN DAN RASA PERASAAN KITA SESIAPA YANG BERPEGANG ADA YANG TERNYATA KEPADA DIRI ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI BUKTI KEESAAN ALLAH TELAH MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI, TELAH MENJADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARI ALLAH… (AKAN TIMBUL DIDALAM RASA DIRI ORANG YANG SEDANG MENGAKU SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, DIDALAM ILMU TELAH MENJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN MAKHLOK, OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH YANG SEDANG DIBYATAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI DAN ADA MAKHLOK MAKA SECARA TIDAK DISEDARI /AUTOMATIK AKAN TIMBUL ANGGAPAN SYIRIK KEPADA SESIAPA YANG BERPEGANG SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN SEBAGAI SIFAT ALLAH SENDIRI)… INI BERLAKU KERANA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI DOSAMPING ADA ALLAH….

SEBENARNYA SESIAPA YANG SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH YANG SEDANG MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRINYA KERANA SEBENARNYA ADA YANG DINYATAKAN PADA DIRI ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH YANG SEDANG MEMBUKTIKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI…

ORANG YANG MENJADIKAN BUKTI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI YANG TELAH DIANGGAP ADA…

KEPADA MEREKA YANG TETAP BERPEGANG HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA KERANA SIFAT ADA YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK ADALAH KENYATAAN YANG SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ADA SELAIN DARI ALLAH…

HAL INI TERAMAT SULIT UNTUK DIFAHAMI KERANA WAJIB BERPERANG DENGAN SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI (HAWA NAFSU) KERANA SEDANG MENGANGGAP ADA ALLAH ADALAH ADA DIRINYA SENDIRI, ADA ALLAH ADALAH ADA SELAIN DARI ALLAH…

SELAGI TIDAK BOLEH MELEPASKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SELAGI ITU TETAP BERADA DIDALAM KEADAAN SYIRIK SAMPAI BILA-BILA…

ALLAH MENCIPTA KAMU DAN APA YANG KAMU BUAT

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!”

RENUNGAN BERSAMA:-

SETELAH ALLAH MENCIPTAKAN KAMU, DARI TIADA KEPADA ADA, SETELAH ITU ADAKAH KAMU HENDAK MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN KAMU YANG TELAH DIADAKAN.

SETELAH KAMU DIADAKAN, PATUTKAH KAMU LUPA KEPADA ASAL KAMU DARI TIDAK ADA? MALAH KAMU INGIN MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI KAMU YANG DIADAKAN (TIADA),

SEBENARNYA KAMU DIADAKAN SEBAGAI TANDA YANG MEMBUKTIKAN KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH BUKAN UNTUK DIJADIKAN SEKUTU BAGI ALLAH

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

BUKAN ALLAH ADAKAN KITA DAN SELAIN DARI ALLAH UNTUK DISEKUTUKAN DENGANNYA…

MAKSUDNYA SETELAH DIADAKAN DARI TIADA, SELAIN DARI ALLAH TETAP JUGA BERSIFAT DENGAN SIFAT ASAL IAITU TIADA, HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA.. TIDAK AKAN MENGALAMI PERUBAHAN DARI SIFAT ASAL (ALLAH YANG ADA, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIADA)

KEADAAN INI KEKAL SELAMA-LAMANYA TIDAK PERNAH MENGALAMI PERUBAHAN..

ADA SELAIN DARI ALLAH ADALAH SEBAGAI TANDA DAN AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG ADANYA ALLAH, BUKAN SEDANG MENUNJUKKAN ADANYA SELAIN DARI ALLAH.

SIFAT ASAL YANG DIADAKAN TETAP TIDAK BERUBAH (TETAP DENGAN SIFAT TIADA), TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN / DISAMAKAN DENGAN SIFAT ALLAH IAITU SIFAT ADA…

JANGAN DISEKUTUKAN SIFAT YANG DIADAKAN DENGAN SIFAT ADA… YANG DIADAKAN TETAP DENGAN SIFAT ASALNYA IAITU TIADA, YANG KEKAL BERSIFAT ADA HANYA ALLAH SAHAJA

JANGAN DISEKUTUKAN (JANGAN MERASAKAN, JANGAN MENGANGGAP, JANGAN BERKATA, JANGAN BERIKTIQOD YANG DIADAKAN ITU ADA)..

67.Surah Al-Mulk (Verse 23)
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

ALLAH MENCIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA DAN MENGADAKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN UNTUK KITA MENYEDARI SEGALA-GALANYA ADALAH HAQ ALLAH, BUKAN HAK KITA SENDIRI (BERSYUKUR),

HANYA SEDIKIT SAHAJA YANG MASIH MENYEDARI SEGALA HAQ ALLAH ADALAH HAQ ALLAH (BERSYUKUR),

BUKAN SAHAJA TIDAK MENYEDARI SEGALA HAQ ALLAH ADALAH HAQ ALLAH MALAH ADA PULA YANG MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI YANG DIADAKAN OLEH ALLAH.

SEBENARNYA YANG DIADAKAN ITU TETAP DENGAN SIFAT ASALNYA IAITU TIADA, TIDAK PERNAH SAMA DENGAN SIFAT ALLAH IAITU ADA…

JADI JANGAN KITA SEKUTUKAN / SAMAKAN SELAIN DARI ALLAH YANG DIADAKAN (TIADA), DENGAN SIFAT ALLAH (ADA)..

MAKNANYA YANG DIADAKAN ITU TETAP DENGAN SIFAT ASALNYA (TIADA) SAMPAI BILA-BILA, KEKAL SELAMA-LAMANYA, TIDAK AKAN MENGALAMI PERUBAHAN..

DAN SIFAT ADA ALLAH JUGA KEKAL SELAMA-LAMANYA, TIDAK PERNAH ADA SEKUTU SAMPAI BILA-BILA..

JADI ADA YANG DIADAKAN ITU ADALAH AYAT-AYAT ATAU TANDA YANG SEDANG MENERANGKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI YANG DIADAKAN ITU.

6.Surah Al-‘An`ām (Verse 79)
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًاۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

18.Surah Al-Kahf (Verse 37)
قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا

berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian
dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

18.Surah Al-Kahf (Verse 38)
لَّٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

18.Surah Al-Kahf (Verse 39)
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

MAKHLOK DICIPTAKAN SEBAGAI UJIAN BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH

76:1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

76:2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (samada akan tetap diatas tauhid, atau jadikan ciptaannya itu sebagai sekutu (syirik), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

76:3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; (tauhid) ada yang bersyukur ;bertauhid dan ada pula yang kafir (engkar dengan melakukan syirik).

76:4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.

76:5. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur.

76:6. (yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.

76:7. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.

76:8. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

76:9. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

76:10. Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

76:11. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.

76:12. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera,

76:13. di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.

76:14. Dan naungan (pohon-pohon surga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.

76:15. Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca,

76:16. (yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya.

76:17. Di dalam surga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe.

76:18. (Yang didatangkan dari) sebuah mata air surga yang dinamakan salsabil.

76:19. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan.

76:20. Dan apabila kamu melihat di sana (surga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.

76:21. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.

76:22. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan).

76:23. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an kepadamu (hai Muhammad) dengan berangsur-angsur.

76:24. Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.

76:25. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.

76:26. Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.

76:27. Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat).

76:28. Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.

76:29. Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.

76:30. Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

76:31. Dia memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya (surga). Dan bagi orang-orang zalim (mensyirikkan Allah) disediakan-Nya azab yang pedih.

Didalam surah Al-Insan ini Allah telah menerangkan diciptakan kita untuk diuji samada kita akan tetap berada diatas ugama tauhid (mengekalkan keEsaan Allah seperti semulajadi iaitu Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tetap tidak ada seperti asalnya)…

Keadaan Allah dan makhlok tidak pernah mengalami perubahan..

Diciptakan makhlok bukan untuk disekutukan ada makhlok dengan ada Allah tetapi untuk dijadikan sebagai ayat dan tanda yang menunjukkan ada Allah…

Jangan dijadikan makhlok yang diadakan setelah penciptaan sebagai sekutu bagi Allah maksudnya jangan berpegang dan beriktiqod setelah diciptakan makhlok itu bertukar dari sifat tiada kepada ada….

INGATLAH MERASAKAN DAN BERIKTIQOD MAKHLOK ITU ADA SETELAH DIADAKAN DARI TIADA, SEKUTUKAN ADA MAKHLOK DENGAN ADA ALLAH…

ALLAH HENDAK MENGUJI SETELAH MAKHLOK DICIPTAKAN, SAMADA ADA MAKHLOK ITU AKAN TETAP DIATAS JALAN YANG LURUS (TAUHID- IAITU TIDAK SEKUTUKAN ADA MAKHLOK DENGAN ADA ALLAH DENGAN BERPEGANG ADA MAKHLOK ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH, ADA MAKHLOK ADALAH PENTAJALIAN YANG SEDANG MENERANGKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA MAKHLOK ITU SENDIRI, MAKNANYA WALAUPUN MAKLOK ITU DICIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP JUGA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIADA)

TIDAK PERNAH MENGALAMI PERUBAHAN DARI TIADA KEPADA ADA, TETAP HANYA ALLAH YANG ADA DAN ADA MAKHLOK ITU BUKAN SEKUTU ADA ALLAH KERANA ADA MAKHLOK YANG DIADAKAN ADALAH UNTUK MENYATAKAN ADA ALLAH… BUKAN MAKHLOK DIADAKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ADA ALLAH

ATAU PENCIPTAAN MAKHLOK ITU AKAN DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ADA ALLAH DENGAN BERIKTIQOD DAN BERPEGANG SETELAH MAKHLOK DICIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK ITU MENJADI ADA (BUKAN ADA MAKHLOK ITU SEDANG MENERANGKAN, BUKAN MEMANDANG MAKHLOK ITU SEBAGAI AYAT ATAU TANDA YANG SEDANG MENERANGKAN KENYATAAN KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH. TETAPI ADA MAKHLOK ADALAH SEBAGAI ADA MAKHLOK SENDIRI…

Dengan ujian ini ada yang tetap diatas jalan yang lurus (tetap bertauhid kepada Allah) ada juga yang menzalimi diri mereka sendiri dengan menyengutukan ada Allah dengan ciptaan nya… (ada makhlok)

Maka bersabarlah kamu dengan ujian ini supaya tetap berada pada jalan yang lurus (tauhid), Jangan kita mengikut orang-orang zalim iaitu merekam-mereka yang beriktiqod makhlok bersifat dengan sifat ada setelah diciptakan. (Menyengutukan ada makhlok yang diciptakan untuk menyatakan ada Allah dengan ada Allah)

UNTUK TETAP KEKAL DIATAS DASAR TAUHID SELALU

sebutlah nama Tuhanmu (ALLAH) pada (waktu) pagi dan petang. Dengan menumpukan rasa perasaan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada ada Allah

Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.

No comments yet

Leave a comment