Skip to content

ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ADALAH ALLAH

July 8, 2015

MENGADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ADALAH ALLAH
MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Bermakna seseorang itu telah menunaikan “AKU BERSAKSI YANG LAIN TIADA, YANG ADA HANYA ALLAH”
Iaitu
ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH
BERMAKNA 
TELAH DAN SEDANG BERADA SEPERTI DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW
Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda…Allah berfirman…………; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU… Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu…(H R . Syirazi)
RAHSIA YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
IALAH SEDANG MENGADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH
1. Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat yang sedang dirasai seperti sifat (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata) bermakna sedang berlaku penyaksian seperti yang telah kita katakan didalam kalimah Tauhid iaitu ASHADU – AKU BERSAKSI ATAU AKU SEDANG MENYAKSIKAN SIFAT-SIFAT SEPERTI (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata) 
2. Didalam masa sedang merasai / dalam ertikata sedang menyaksikan akan sifat-sifat (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata) sebutlah Allah sebanyak-banyaknya.
Apabila menyebut Allah sebanyak-banyaknya diketika sedang menyaksikan sifat-sifat seperti (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata) dengan cara tersendiri berlakulah pengakuan bahawa sifat yang sedang disaksikan iaitu sifat yang sedang dirasai / disaksikan itu adalah sifat Allah… Dengan tidak perlu kita mengaku-ngaku…
PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI BERLAKU SECARA TERSENDIRI ATAU DENGAN KATA LAIN SECARA AUTOMATIK..
Hadis kudsi ada menerangkan bahawa “INSAN ITU RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU”
SETELAH BERLAKU PENGAKUAN BAHAWA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU ADALAH SIFAT ALLAH (SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH). PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG BERLAKU SECARA TERSENDIRI INI JUGA DISEBUT ISBAT….
LAGI SEKALI DENGAN SECARA TIDAK DISEDARI BERLAKU PENAFIAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH..
NAFI DAN ISBAT AKAN BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA, 
TERKANDUNG DIDALAM DUA PERLAKUAN (PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN) YANG BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA.
PERKARA INI TELAH TERSIRAT DIDALAM PERINTAH ALLAH YANG JUGA TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dalam firman Allah ini “TERSIRAT” perintah yang suruh dilakukan. Apabila perintah tersebut dilakukan, secara automatik akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah…
Kepada yang sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan yang Allah adalah Allah, itulah Muhammad Rasulullah yang diperakui oleh Allah.
JALAN DAN CARA INI HENDAKLAH DILAKUKAN DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA,
Dilakukan berulang-ulang sehinggalah terputusnya hubungan nyawa dengan jasat, berlakunya penghabisan pernafasan iaitu mati…
PADA PERMULAAN BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH (YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH) INILAH KALIMAH TAUHID YANG BUKAN DIUCAP-UCAPKAN TETAPI YANG BERLAKU SETELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
PERINTAH ALLAH INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA ISTIQOMAH (TERUS MENERUS$ DARIPADA MULA BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA….
APABILA TELAH KEKAL MELAKUKAN PERINTAH ALLAH INI “PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH”
Lama kelamaan datanglah ingat kepada Allah, ingat itu akan datang dengan sendiri setelah beristiqomah melaksanakan penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah…
Firman Allah ;
20.Surah Ţāhā (Verse 14) 

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
TETAP MENGERJAKAN SOLAT (solat daim)
70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 19)

إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); –
70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 20)

إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 21)

وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 22)

إِلَّا الْمُصَلِّينَ
Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat –
70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 23)

الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya;
2.Surah Al-Baqarah (Verse 238)

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat di tengah – diantara masa bangun tidur sehingga kepada masa tidur semula) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
6.Surah Al-‘An`ām (Verse 60) 

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّىۖ ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia 

menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
30.Surah Ar-Rūm (Verse 23) 

وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan  

bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

39.Surah Az-Zumar (Verse 42) 

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَاۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan 

jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah 

bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
78.Surah An-Naba’ (Verse 9) 

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
Solat wusta iaitu solat (menyebut dan mengingati Allah) ditengah iaitu dari masa bangun tidur sehinggalah ridur semula.. Dilakukan disetiap masa jaga kita sejak dari bangun tidur (terbitnya fajar) sehinggalah kepada tidur semula (gelap malam)
Solat wusta ialah perbuatan menyebut dan mengingati Allah ditengah-tengah iaitu diantara bangun dari tidur sehinggalah sampai kepada tidur semula. Bertuhankan hanya kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah dengan adanya diri sendiri dan adanya sesuatu selain dari Allah…
16.Surah An-Naĥl (Verse 49) 

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِن دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
2.Surah Al-Baqarah (Verse 239)

فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًاۖ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ
Dan jika kamu takuti maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah, sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Surah Taha ayat 130
فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ
Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang,
Surah Al-Isro’ ayat 78
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan.
Surah Al-Haj ayat 77
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ۩
Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.
Surah Sn -Nur ayat 42 
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solatnya dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
4.Surah An-Nisā’ (Verse 103)

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
33.Surah Al-‘Aĥzāb (Verse 21) 

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.

Surah Al-Ankabut ayat 45
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
SETELAH MELAKUKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH DISETIAP DETIK DARI MULA BANGUN DARI TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA MASA TIDUR SEMULA, LAMA KELAMAAN DATANGLAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI ALLAH… 
TERNYATALAH KENYATAAN ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
TENGGELAMLAH SEPERTI DIDALAM FIRMAN ALLAH
37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!”
39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
19.Surah Maryam (Verse 65)

رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”
HIDAYAH PETUNJUK YANG AKAN DITURUNKAN SETELAH DISETIAP DETIK DAN SAAT DARI MULA DARI BANGUN TIDUR SEHINGGALAH KEPADA MASA TIDUR SEMULA SENTIASA BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK (TIDAK TIMBUL LAGI KESEDARAN KEPADA BADAN DIRI SENDIRI DAN KESEDARAN KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH)
SUDAH TENGGELAM DIDALAM PERASAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH…
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 77)

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 78)

فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 79)

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 80)

تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 81)

أَفَبِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ
Patutkah kamu bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 82)

وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
2.Surah Al-Baqarah (Verse 2) 

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;
42.Surah Ash-Shūraá (Verse 52) 

وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu – Al-Quran sebagai roh perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
17.Surah Al-‘Isrā’ (Verse 82) 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.
97.Surah Al-Qadr (Verse 1) 
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
97.Surah Al-Qadr (Verse 2) 

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
97.Surah Al-Qadr (Verse 3) 

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
97.Surah Al-Qadr (Verse 4) 

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
97.Surah Al-Qadr (Verse 5) 

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: