Skip to content

SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG TERNYATA PADA MAKHLOK DAN PADA DIRI KITA ADALAH KEPUNYAAN ALLAH

April 17, 2016

34.Surah Saba’ (Verse 25)

قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ
(Oleh itu) katakanlah (wahyu Muhammad): “Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.
34.Surah Saba’ (Verse 26)

قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا ثُمَّ يَفْتَحُ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ
Katakanlah lagi:” Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya”.
34.Surah Saba’ (Verse 27)

قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Katakanlah lagi: 
“Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. 
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
Allah telah menjelaskan bahawa sifat ketuhanan yang ada makhlok adalah sifat kepunyaan Allah, bukan kepunyaan diri kita sendiri atau kepunyaan sesuatu sekalin daripada Allah….
Lagi Allah telah menjelaskan didalam firmanNya yang lain
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..
Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma’ Allah, yang zahir iaitu afa’al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah…
Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma’ Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa’al Allah Dialah yang zahir…
“Aku ini perbendaharaan tersembunyi,

kemudian Aku ingin dikenal,

kemudian Aku menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.

(hadits qudsi)
Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa’al Allah..
Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya… 
Jadi bagaimana cara yang perlu kita lakukan supaya segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok itu diakui atau dkembalikan kepada Allah…
Melakukan jalan dan cara untuk kembali meletakkan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita dan pada makhlok lain adalah merupakan satu ibadat yang bersih daripada sebarang syirik …
39.Surah Az-Zumar (Verse 2) 

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan 
mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
39.Surah Az-Zumar (Verse 3) 

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah 
sehampir-hampirnya”, -sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Salah satu perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang syirik ialah sepertimana didalam firmanNya
2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
Didalam ayat yang lain Allah juga telah berfirman
4.Surah An-Nisā’ (Verse 66)

‎وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 
“Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, 
nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. 
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.
4.Surah An-Nisā’ (Verse 67)

‎وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā’ (Verse 68)

‎وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
Berkaitan untuk menetapkan iktiqad dan tauhid Allah jga telah berfirman 
5.Surah Al-Mā’idah (Verse 35) 

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
17.Surah Al-‘Isrā’ (Verse 41)

‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
72.Surah Al-Jinn (Verse 11)

‎وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
78.Surah An-Naba’ (Verse 39)

‎ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
Perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” adalah salah satu jalan dan cara daripada pelbagai cara yang telah diberikan penjelasan oleh Allah untuk seseorang itu menetapkan iktiqad dan tauhid….
Keterangan dan perintah yang terkandung didalam firman Allah diatas mengarahkan kita melakukan salah satu jalan dan cara untuk menetapjan iktiqad tauhid….
Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, BAGAIMANA KITA HENDAK MELAKUKAN JALAN DAN CARA TERSEBUT …… ?

No comments yet

Leave a comment